Pages

Subscribe:
Welcome .. Hope you will enjoy with my blog . Don't forget to be my followers :)

Labels

Cuti (9) Interest (10) Menci (6) Merapu (13) Pengajaran (9) Pengawas Sekolah (7) People (7) Photos (23) School (27) sick (3)

21 January 2011

January @school

Assalamualaikum. Ehem-ehem, pembuka bicara. Wah ... Lama sungguh saya tidak meng-update blog . Berkurun lamanya . Ish apa yang cuba saya cakapkan ni . Saya pun tidak tahu lah . Rungsing menghantui diriku . Tahun 2011 memberikan banyak dugaan pada diriku . Hmmm entah la homework banyak , sukan , kerja-kerja rumah , tuisyen , program itu ini .. Haih penat dibuatnya rasa seperti hendak menangis pula bila mencerikan semula .. Alhamdulillah syukur saya masih bernafas , boleh bergerak kesana-sini dan boleh meng-update blog yang usang ini hehe .. Cuma saya agak kesuntukan masa sebenarnya maklumlah kena tolong emak jaga anak saudara 3 orang lagi .

Hari pertama masuk sekolah masyaAllah... Bukan main banyak homework yang cikgu bagi sumpah tak sama langsung macam tahun-yang sebelumnya . Adakah ini satu beban untuk menghadapi PMR ? Kalau tahun lepas okay lah jugak homework tak banyak , boleh enjoy lagi . Tahun ni tak berapa selesa sangat dengan kedudukan dalam kelas . Kelas sempit , pelajarnya humm ... Bising !! Sabarlah , nak buat macam mana kawan-kawan sekelas tahun lepas ramai yang sudah berpindah kelas . Sumpah tak suka dengan kelas saya sekarang !! :(

Hah ! Okay lah stop pasal tu . Cerita pasal merntas desa pula .
pada 12 Januari yang lalu kejohanan merentas desa peringkat sekolah di adakan .

Tempat : ladang kelapa sawit seperti tahun lepas .
Masa : 7.30-9.30 pagi
Hari : Khamis
Mood : harapan nak menang tahun ni !

Okay lah tahun ni memang tahun yang paling sibukkan sekali sekala dapat berjogging di ladang kelapa sawit yang sangat-sangat redup dan sejuk tu Alhamdulillah at least dapat release tension kat kelas tu . Tahun ni lebih seronok daripada tahun lepas . [klik sini untuk merentas desa 2010] sebab tahun ni dapat nombor 19 ! Daripada entah berapa puluh , 50-60. Maaflah tahun ni tak adda gambar merentas desa . Oh ya selesai acara ni dalam jam 11 pagi ke 12 tengahari selepas penyampaian hadiah . Tahun ni pun tak dapat hadiah jugak lah ;p tapi okay la meningkat dari segi nombor/kedudukanye hehe ..

Okay lah habis pasal merentas desa , sekarang kita masuk pula pada Watikah Pelantikan Pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber sekolah bagi sesi 2011 yang diadakan pada 19 Januari 2011 di Dataran Ilmu sekolah .

Hmm yang ni first time lah , fuhh berdebar tu tak lari bila benda-banda sebegini diadakan . Yelah menghadap depan cikgu , pelajar , naik pentas pula . First apa yang saya takut bila nak jalan menuju ke pentas takutkan bila berjalan tu terserudum entah apa-apa benda yang ada kat bawah tu ish .. Malunya kalau macam tu . So saya berhati-hati lah . Second pula segan . Segan sebab cikgu-cikgu semua duduk mengadap pada kita . Hurmm tapi semuanya Alhamdullillah ssemuanya berjalan dengan lancar . Pengawas sekolah semuanya sseramai 63 orang rasanya tapi saya tak pasti lebih kurang begitulah . Pengawas pusat sumber saya tak tahu pula ... Kami deberikan sijil dan tag nama oleh pengetua. Penyampaiam ini diberikan kepada pengawas pusat sumber sekolah terlebih dahulu dan kemudian barulah pengawas sekolah .

Hah , okay lah saya dah penat bercerita . Homework banyak lagi ni yang belum siap . Lain masa , lain hari kita berjumpa lagi okay . :)

0 voices: