Pages

Subscribe:
Welcome .. Hope you will enjoy with my blog . Don't forget to be my followers :)

Labels

Cuti (9) Interest (10) Menci (6) Merapu (13) Pengajaran (9) Pengawas Sekolah (7) People (7) Photos (23) School (27) sick (3)
Showing posts with label Pengajaran. Show all posts
Showing posts with label Pengajaran. Show all posts

11 August 2012

Wall Facebook dan yahudi

Benda yang perlu saya kongsikan kepada semua...

Tahukah anda apa makna WALL?

Yup. . Ia bermakna DINDING. Lalu kenapa dengan dinding?

Saya teruskan. .

Siapakah yang membuat FB? Mark Zuckerberg seorang berbangsa YAHUDI. Apa kaitannya WALL & YAHUDI? Kaitan kedua-duanya sangat erat.

DINDING RATAPAN.

Didinding itu mereka menangisi dosa-dosa mereka, meluahkan harapan, ratapan dan segalanya. Itulah tujuan mereka membuat FB.

Dan tanpa kita sedari, kita lebih banyak mengadu masalah diFB daripada mengadu kepada ALLAH SWT, lebih mengutamakan update status daripada solat dan zikir kepada ALLAH SWT.

Hati-hatilah sahabat, boleh-boleh kita nanti menjadi'' Tassyabuh'' atau menyerupai kaum lain (Yahudi). Nabi melarang dalam sabdanya:'' Barang siapa menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk dalam golongannya. "

Oleh kerana itu, jangan jadikan WALL FB sebagai tempat luahan perasaan seperti mereka. Tapi jadikanlah ia sebagai tempat membahagikan ilmu dan nasihat kebaikan kepada umat Nabi Muhammad SAW. Walaupun hanya kepada 1 orang.

Jadikan Wall FB sebagai media untuk menyebarkan dakwah.

Jika anda belum percaya sila buka Google dan Search:'' Wailing Wall Of Israel''.

Mari kita renungkan.

'' Sungguh kamu akan mengikuti langkah2 orang2 sebelum kamu
sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta. Bahkan seandainya mereka masuk lubang biawakpun nescaya kalian ikut masuk pula ke dalamnya. Para sahabat bertanya: 'Siapakan mereka itu Ya Rasulullah?'. Beliau menjawab:'' Ahli Kitab (Nasrani & Yahudi). ! Siapa lagi kalau bukan mereka? "[HR. Imam Bukhari]

Jadi postkanlah kata2 hikmah / nasihat / ayat Al-Quran, Hadis, Ulama terdahulu tentang agama Islam.

Gunakan peluang Yahudi / Nasrani yang akan merosakkan umat Islam dengan membangunkan agama Islam melalui platform mereka.

Ini ilmu baru. Yuk kita amalkan dan dishare keteman yang lain.

Mari kita jalani kehidupan ini dengam ilmu dan iman.

Semoga Allah Ridho ....
(Disadur dari fb: Pendidikan Quran Habiburahman)

10 August 2012

Al-Quran dan Imam Suhaib Webb

Sesungguhnya Allah memberikan hidayah kepada saya..

Minggu ini merupakan sepeluh malam terakhir Ramadan dimana sepuluh malam terakhir ini terdapatnya malam Lailatul Qadar yakni malam yang lebih baik dari seribu bulan. Cuba bayangkan (keluar awan-awan) Ibadah yang kita lakukan pada malam Lailatu Qadar ni maysAllah.. Tak terkira ganjaran pahalanya, jadi kesimpulannya marilah sama-sama kita melakukan pecutan terakhir dalam melakukan ibadah.. Malam semalam dah set jam ah nak bangun qiamulaill pukul 4.30 pagi. Sekarang ni zaman teknologi tinggi so set jam pun pakai handphone ja.. Entah apa masalah handphone saya tak bunyi pulak alarm nya.. Bagun-bagun dan waktu sahur. Emm nak buat macam mana, redha je lah. Haha

Ok back to the pont. Lepas balik tarawih tadi pergi dapur jap tambah sikit makanan ke dalam perut. Sambil makan bukak tv cadangnya nak tengok chennel sport maklum lah sekarang ni demam olimpik. 




.



.


Tak sempat nak tengok olimpik, bukak tv dah keluar siaran tv al hijrah sedang Imam Suhaib memberikan ceramahnya. Oh jadinya tak sampai hati nak tukar chennel memndangkan Imam Suhaib memberikan ceramah yang best iaitu menenai nuzul al-Quran.. Terhijrah sudah hati saya daripada nak tengok opimpik tengok ceramah lagi bagus.. Menarik lah ustaz Imam tu sampaikan dakwah. Menusuk dalam kalbu.. Oh ya, Imam Suhaib ni seorang pendakwah dari America. Dulu bukan Islam (kristian), yang saya tahu dulu mak dia marah bila nampak Imam Suhaib ni simpan al-Quran. Jadi, dia baca al-Quran di dalam tandas dan mengucap di dalam tandas kerana keagunagan isi kandungan yang terdapat di dalam al-Quran. Kalau kita orang yang yang dah memang mesti tahu haram membaca al-Quran di dalam tandas walaupun tandas tu cantik dan bersih ala kiranya boleh tidur la dalam tandas tu pun tetap tak boleh sebab ianya merupakan rumah syaitan but wait. Imam Suhaib ni dulu dia mana tahu haram baca al-Quran dalam tandas. Mula-mula nak belajar kan.. Hebat tak hebatnya dia seorang muallaf menyampaikan dawakwah, yang lebih mendalami amaga Islam daripada kita yang lahir-lahir je dah dapat title Islam.

Ok, memang menarik penyampaian dia. Sampai menganga saya mendengar haha.. Isk..
Antara kata-kata beliau adalah 'al-Quran is GPS tu heaven' hohoo... Untuk pengetahun penyampaian beliau dalam bahasa inggeris ye.. Ha pandai-pandai lah bukak kamus mana-mana maksud yang tak faham tu. 
Banyak juga la pengalaman para pendengar yang sudi berkongsi. Ada yang kata dia tak pernah baca tafsir al-Quran, hanya beca sepintas lalu dan apabila dia membaca tafsir al-Quran ni dia rasa 'wow!' hebatnya al-Quran sehingga beliau menangir membacanya..

Seronok weh, kalau nak kenal siapa itu Imam Suhaib boleh tengok video di bawah

07 August 2012

Takutkah kita kepada Allah?




Sejauh mana ketaqwaan kita kepada Allah?

Berfirman Allah SWT yang bermaksud :

Wahai anak Adam, bagaimanakah kamu mengaku bahawa kamu hamba Allah tetapi kemuadiannya kamu menderhakai-Nya?

Wahai anak Adam, kenapa kamu memilih untuk berbuat baik hanya kepada mereka yang berbuat baik kepadamu?

Wahai anak Adam, kenapa kamu memilih untuk bersilaturahim hanya kepada mereka yang bersilaturahim denganmu?

Wahai anak Adam, kenapa kamu memilih untuk berbicara hanya  kepada mereka yang berbicara denganmu?

Wahai anak Adam, kenapa kamu memilih untuk memberi makan hanya kepada mereka yang memberi makan kepadamu?

Wahai anak Adam, kenapa kamu memilih untuk memuliakan hanya kepada mereka yang memuliakanmu?

Wahai orang yang beriman, kenapa kamu mengatakan apa yang kamu sendiri tidak amalkan?

Wahai orang yang beriman, kenapa kamu menegah orang lain apa yang kamu sendiri melakukannya?

Wahai orang yang beriman, berapa banyak kamu menyuruh orang lain sedangkan kamu tidak mengamalkannya?

Wahai orang yang beriman, berapa banyak kamu mengumpulkan apa – apa yang kamu tidak makan?


Wahai orang yang beriman, berapa banyak taubat yang ditangguhkan dari sehari ke sehari, kemudian dari setahun ke setahun, kemudian untuk apa kamu menunggu? Adakah kamu telah selamat daripada mati? Adakah kamu telah terlepas daripada neraka dan telah terjaminkah keselamatan dengan mendapat syurga? Adakah antara kamu dan Tuhan terjamin rahmat?

Wahai anak Adam, kepada siapa engkau mengadu sedangkan Aku ialah tempat mengadu bagimu. Hingga bilakah engkau mahu melupai-Ku sedangkan Aku tidak menerima itu daripada kamu?

Wahai anak Adam, hingga bilakah engkau mahu kufurkan kepada-Ku sedangkan Aku tidak menzalimimu? Hingga bilakah engkau mengingkari nikmat – nikmat-Ku, hingga bilakah engkau mahu meringan – ringankan kitab-Ku sedangkan Aku tidak menyuruh apa – apa yang engkau tidak mampu membuatnya?

Wahai anak Adam, hingga bilakah kamu membenci Aku? Sampai bilakah kamu mengingkari-Ku sedang tiada Tuhan bagimu selain Aku? Dan apabila engkau sakit, maka doktor manakah yang menyembuhkan kamu, kalau bukan Aku?

Wahai anak Adam, bagaimana mungkin kamu tersangat ingin kepada ibadah sedangkan kamu berserta dengan perut yang kenyang? Bagaimana engkau akan mencintai Allah sedangkan engkau mencintai harta? Bagaimanakah kamu tersangat ingin mendapatkan hati yang terang sedang kamu banyak tidur?

Wahai anak Adam, bagaimanakah kamu akan takut kepada Allah, kerana yang kamu takut ialah kefakiran? Bagaimanakah kamu ingin mendapatkan warak sedangkan kamu tamak terhadap dunia? Bagaimanakah kamu akan mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan kamu tidak mencintai orang miskin?


Wahai anak Adam, bagaimanakah kamu tamak dengan keredhaan, sedangkan kamu berserta kebakhilan? Bagaimanakah kamu tamak terhadap syurga sedangkan kamu berserta dengan hati yang mencintai dunia dan pujian? Bagaimanakah kamu ingin kebahagiaan abadi di akhirat sedangkan kamu serta ilmu yang sedikit?
Wahai manusia, dengan rezeki daripada-Ku jua engkau kuat melakukan maksiat kepada-Ku. Denga kehendak daripada-Ku engkau menginginkan sesuatu. Dengan kehendak daripada-Ku engkau mahukan sesuatu untuk dirimu. Dengan nikmat-Ku engkau berdiri, duduk dan beristirehat. Dengan pemeliharaan-Ku engkau berpetang – petang dan berpagi – pagi. Dengan nikmat-Ku engkau berbolak – balik. Dengan afiat daripada-Ku engkau bercantik – cantik tetapi kemudiannya kau melupai-Ku dan mengingati selain daripada-Ku. Maka kenapa kamu tidak menunaikan hak-Ku dan berterima kasih kepada-Ku?
Wahai anak Adam, adakah engkau melakukan maksiat kepada-Ku lalu mengingati kemurkaan-Ku? Adakah engkau berhenti daripada apa – apa yang Aku tegah ke atasmu? Adakah engkau menunaikan kewajipan kepada-Ku seperti yang Aku amanahkan kepadamu?
Wahai anak Adam, adakah engkau membantu orang miskin dengan hartamu? Adakah engkau melakukan kebaikan kepada siapa yang berbuat jahat kepadamu?
Wahai anak Adam, adakah engkau memaafkan siapa yang menzalimimu?
Wahai anak Adam, adakah engkau menghubungi siapa yang memutuskan hubungan denganmu?
Wahai anak Adam, adakah engkau berlaku adil kepada siapa yang khianatimu? Adakah engkau berbicara dengan siapa yang menjaujimu? Adakah engkau mengajar anakmu? Adakah engkau merelai jiranmu? Adakah engkau bertanya kepada ulama terhadap urusan agama dan duniamu?
Wahai anak Adam, bilamana Allah telah menjaminkan rezekimu, mengapakah panjang keresahanmu?
Wahai anak Adam, bilamana Allah telah menyediakan gantian (atas sedekahmu) mengapakah kamu bakhil?
Wahai anak Adam, bilamana Iblis ialah musuh bagi Allah, bagaimana kamu boleh lupa tentang itu?
Wahai anak Adam, bilamana balasan nanti ialah neraka, mengapakah kamu istirehat?
Wahai anak Adam, bilamana ganjaran Allah itu ialah syurga, mengapakah kamu melakukan maksiat?
Wahai anak Adam, bilamana setiap sesuatu itu adalah di bawah ketentuan-Ku, mengapakah kamu tidak sabar dan berdukacita?
Wahai anak Adam, apabila engkau tergolong dalam golongan pemerintah yang memasuki neraka kerana kejahatannya, orang Arab disebabkan kemaksiatannya, para ulama disebabkan hasadnya, peniaga disebabkan khianatnya, ahli ibadah kerana riyaknya dan yang memasuki neraka kerana kejahilannya, orang kaya kerana sombongnya dan orang miskin kerana penipuannya, maka siapakah sebenarnya yang inginkan syurga?
Wahai anak Adam, harta itu milik-Ku, engkau ialah hamba-Ku dan tetamu itu utusan-Ku. Apakah kamu tidak takut kalau Aku mencabut nikmat – nikmat-Ku? Rezeki itu ialah rezeki-Ku manakala kesyukuran itu bagimu. Manfaatnya akan kembali kepadamu juga. Kenapa engkau tidak memuji-Ku atas apa yang Aku berikan kepadamu?
Wahai anak Adam, apabila engkau inginkan rezeki, Aku berikan rezeki tersebut kepada engkau. Maka nafkahkanlah jangan bakhil dengan rezeki terhadap hamba – hamba-Ku. Sesungguhnya Aku telah menjaminkan bagimu gantian dan Aku janjikan bagimu ganjaran, maka kenapa kamu masih sangsi terhadap kitab-Ku?
Wahai anak Adam, berapa banyak orang – orang kaya mengharapkan akan fakir pada hari dia dihisab? Berapa banyak orang gagah yang dihina oleh sebab kematiannya? Berapa banyak kemanisan menjadi pahit? Berapa banyak kegembiraan dengan kenikmatannya, disengsarakan baginya kematian? Berapa banyak kesukaran yang mewarisi kedukacitaan yang panjang?
Wahai anak Adam, sekiranya tidak ditentukan bagi engkau melainkan hanya kematian dan kedahsyatannya sahaja maka telah wajiblah bagi engkau tidak merasa tenang waktu siang dan malam. Bagaimanakah keadaannya apa yang sesudah kematian itu lebih dahsyat lagi?
Wahai anak Adam, bagaimanakah kamu menanggung satu – satu urusan yang tidak ditakdirkan bagimu dan tidak pula kamu mengetahuinya sepertilah engkau tidak mengambil ganjaran bagi amalan – amalan yang tidak engkau kerjakan?
Wahai anak Adam, sesiapa yang jalannya ialah kematian bagaimana boleh bergembira terhadap dunia? Sesiapa yang rumahnya ialah kubur, bagaimana boleh merasa senang dengan rumahnya di atas dunia?
[Sumber : U-TURN KE JALAN LURUS & Kitab Imam al-Ghazali, al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah]

Renung-renungkan dan selamat beramal :-)

21 July 2012

Manfaat tidur sebelum Zohor

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: lakukanlah qailulah (tidur siang hari), kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan qailulah," (Riwayat al-Tabarani)

Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi :
"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah SallAllahu Alaihi wasallam ada melakukannya."

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata :

"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."



Manfaat Day Napping
1)Membantu mengurangkan tekanan di tempat kerja dan belajar.
2)Meningkatkan kecekapan dan produktiviti.
3)Meningkatkan kemampuan pembelajaran dan daya ingatan.
4)Baik untuk jantung dan kesihatan.
5)Menungkatkan fungsi kognitif.
6)Memberi stamina kepada tubuh untuk melakukan senaman.
7)Menjadikan minda lebih kreatif.
8)Mengelakkan daripada mengantuk ketika bekerja atau belajar.





satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca industri telah mendapati bahawa 92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti.
(Napping News : 'Scientific Proof Confirms : Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse)

Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau 'a secondary sleep gate'.
Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini adalah Dr.William A.Anthony, Ph.D. dan Camille W.Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work'. Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavior and Medical Aspects of Napping'.

Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam.

10 June 2012

Hos air automatik diiktiraf dunia

Assalamualaikum...

Cuti minggu lepas saya ada tengok Malaysia Hari Ini (MHI).
Ada seorang pelajar Kolej Tungku Kushirah  berjaya mencipta hos air automatik. Bukan hos untuk bomba tu ye tapi yang ini hos untuk tandas awam. Biasa kita lihat di RnR or even di tandas awam  ada sahaja  hos yang diletakkan dilantai wal hal penyangkut hos tu telah disediakan. Jadi Pelajar ni (aku tak ingat nama) tanya kepada bonda beliau " kenapa hos tu ada kat lantai? " Kemudian ibunya suruh beliau fikir, fikir dan fikir sampai akhirnya beliau dapat menyelesaikan masalah tersebut. Dari situ lah tercetusnya idea project sains tersebut. Hos tu kiranya boleh ditarik kemudian selepas digunakan dia akan gulung kembali secara automatik dan  anti bacteria akan dirembes keluar dan mengeluarkan bau yang haruuumm.. Boleh lihat model tersebut dibawah.. 


Lebih menakjubkan apabila model ciptaan beliau diiktiraf duania di Jepun tak silap sempena bulan sains peringkat antarabangsa. Hebat kan. Sebaya aku tapi.  Tabik spring!!! 

#Kalau di masjid pun ada hos macam ini kan best. Hoho !!



19 April 2012

Minda Bawah Sedar

Teguran itu sakti sakit,
Pujian itu tingginya melambung-lambung..

Tapi pujian itu sebenarnya boleh menjatuhkan kita.

-kemkomandan-

14 April 2012

Kubur Menjadi Sempit

Kisah benar kejadian baru-baru ni di Kedah.

Lelaki dalam lingkungan 20-an mati akibat pengambilan dadah yang melebihi had.

Kemudian dikejarkan ke hospital yang berdekatan.

Suntikan air tidak dapat masuk ke dalam badan. Ini sebenarnya adalah satu petanda bahawa ajal seseorang itu semakin hampir.

Tidak lama kemudian, si lelaki ini akhirnya pergi meninggalkan dunia yang sementara ini.

Berdasarkan cerita, abang kepada cikgu saya ini memberitahu kepada beliau bahawa apabila ingin menggali kubur tersebut, buat pertama kali kubur tu terasa susah untuk digali. Tanah menjadi keras.

Kemudian sebelum sempat kubur digali dengan sempurna, kubur tersebut secara tiba-tiba jadi semakin menghimpit.

Subhanallah... Sungguh menakjubkan.

Pengkebumian diteruskan di tempat lain.

Itu sebenarnya kuasa yang Allah mahu tunjukkan di dunia ni. Belum lagi di dalam kubur. Tulang rusuk kita dipertemukan antara satu sama lain dan dihimpit oleh kubur.

Pengajaran : Dalam kehidupan ini, kita hendaklah sentiasa melakukan kebaikan agar hidup kita sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T.

Terutamanya kelakuan kita terhadap ibu bapa. Jangan sesekali menderhakai ibu bapa kerana itu adalah diantara dosa besar yang mengakibatkan kita sengsara di akhirat kelak.'

Dosa kepada Allah mungkin Allah akan makbulkan dengan melakukan taubat nasuha, tetapi dosa kepada manusia kita sendiri harus meminta maaf kepada seseorang itu.

Okay, copy paste daripada Cikgu Fatimah. Apa yang saya ingat je la saya paste kat sini :p

31 October 2011

Ingat sebelum lupa

Ingat lima perkara, sebelum lima perkara.

“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sehat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.” (Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)

Hari ini program selepas PMR adalah mengenai pengurusan jenazah.

Rindu pula nak menulis karangan (menaip panjang).. Izinkan saya bercerita untuk entry kali ini.

Tahun ni merupakan tahun ke-2 saya menyertai program sebegini di sekolah. Tapi bezanya, tahun sudah saya tak dapat nak ikuti program tu dari awal dan tahun ni Alhamdulillah dapat mendengar ceramah Ustaz Abdul Fatah dari awal sehingga akhir.

Apa yang best?

# Alhamdulillah dapat menambahkan lagi ilmu Fardu Kifayah saya mengenai pengurusan jenazah.

# Dapat melihat sendiri praktikum memandi dan mengkafankan jenazah.

# Alhamdulillah, serba sedikit saya sudah tahu cara untuk menyembahyangkan jenazah. Ya, dulu saya memang jahil bab pengurusan jenazah ni kerana selalu mengambil ringan dan mengambil mudah.

# Best sebab tiada gangguan yang tidak diingini berlaku.

# Last sekali saya dapat hadiah kerana dapat menjawab soalan quiz yang dikemukakan oleh Ustaz Abdul Fatah.

Apa yang tak best?

# Seperti biasa.. Berbual-bual sehingga menjadikan keadaan riuh-rendah. Oh damn, part ni paling saya tak suka, tak sah kalau tak menyembang kan. :-)

# Bergelak ketawa, biasanya budak lelaki lah yang suka gelak (kuat-kuat) sampai orang lain dengar pun boleh berjanggit gelak sama. Aku pun sebenarnya hairan, tak boleh kah kalau menyertai program agama sebegini tolong serius sekejap ambil pengajaran dan iktibar. Ni tak, tahu seronok sahaja sepanjang masa. Kalau boleh dalam kubur sorang-sorang nanti pun nak gelak juga gamaknya. Entahlah, saya tak cakap mengenai sesiapa, saya menulis secara umum. Tolonggggggg lah! Ingat balik dan ambil pengajaran, "esok-esok kalau aku mati macam mana agaknya, adakah amalan aku selama ini diterima oleh Allah?" paling tak pun fikirlah macam tu. Ni tak, tahu pun bila dah mati nak orang madikan dan menkafankan kita secara tertib dan seterusnya nak masuk syurga, tapi......... Hmm. Wallahualam.

Tak apa lah, mungkin mereka pernah kematian saudara-mara terdekat atau ibubapa mereka sendiri dan tidak mahu bersedih.. Atau, mungkin bergelak ketawa dapat mengingatkan mereka kepada mati. Tidak mustahil bukan, setiap manusia mempunyai pendirian masing-masing dan tidak ada salahnya jika kita bersangka baik bukan? :-)

12 October 2011

Kalau bukan Allah siapa lagi?

Apabila orang tua mengeluarkan kata-kata, ia akan menjadi petua.
Aku pernah terbaca mengenai itu, akhirnya aku faham sekarang. Walaupun peperiksaan sudah tamat, tidak bermakna aku tak perlu berusaha lagi untuk membaca buku, mengulagkaji dan sebagainya. Selagi kita masih hidup selagi itu kita harus berusaha.
Aku tertarik dengan kata-kata seorang guru di sekolah aku sekarang. Beliau berkata. "sekarang ni kita belum tahu bagaimana pencapaian kita jadi, perbanyakkanlah solat hajat dan amalan-amalan sunat. Itupun dikira sebagai satu usaha. Siapa lagi yang akan membantu kita selain Allah? Jadi perbanyakkan solat hajat dan sebagainya."
Aku diam seketika memikirkan kata-kata beliau, aku hanya mengangguk tanda setuju. :-)
Selama ini yang aku fikirkan selepas peperiksaan apa yang perlu aku lakukan hanyalah seronok dan enjoy. Rupanya penyataan aku selama ini salah. Sebaliknya aku harus memperbanyakkan amal ibadat aku kepada Allah, sesungguhnya Allah maha penyatur segala agenda.
Kalau kita tolong Allah, (memperbanyakkan ibadat) insyaAllah, Allah akan membantu kita.
Wallahualam..