Teruknya beban yang saya alami sekarang ni. Asyik kena push je.

Pengalaman suka dan duka..
Can you see that WAJIB
moreover aku dah bayar RM7.00 so macam rugi kalau aku tak pergi. Urgghhh!!
Pengalaman di sana selama tiga hari tiada apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku. Seronok saja memanjang. Actually masa mula-mala sampai di Pusat Pangkor Perak pun saya tak tahu apa sebenarnya tujuan saya ke sana sebab jadual program dan aktiviti-aktiviti apa pun tidak diberi tahu cuma yang saya tahu aktiviti single rope tu sahaja itu pun sebab masuk-masuk je pusat koko tu itu jelah yang saya nampak. Perasaan takut memang tak lari kalau disuruh buat aktiviti macam tu. Haiyak! Kami sebenarnya tiba di Pusat Koko tu pun dah lewat.. Lewat macam mana pun saya tak tahu sebab saya haram jadah pun tak tahu waktu sekian-sekian kena sampai, waktu ni kena buat aktiviti ini. So saya pun selamba relaks saja lah jalan lenggang-lenggang kangkung. Rupanya kami terlewat sampai daripada tempat tu lepas tu kena la marah dengan Tuan kem kat situ.
Kami sampai di pusat Ko tu dalam pukul 6.00 Petang macam tu la.. Waktu pun dah nak gelap sampai-sampai terus solat asar berjemaah. You know? Solat berjemaah yang paling saya suka di situ. Kalau kat rumah solat sorang-sorang je. Di kem ni tiap-tiap waktu tak terlepas solat berjemaah cuma ada la satu waktu tu solat bersendirian sebab lambat siap :p Ahaks.. Selepas kami solat tiap kumpulan dibahagikan kepada empat atau tiga orang sebab untuk muatkan satu khemah. Selepastu tiba la proses pemasangan khemah.
Bab ni adalah sedikit pengalaman dalam Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah (KRS) masa awal-awal aktiviti kokurikulum dulu bagaimana cara pemasangannya dan alhamdulillah khemah kami berjaya dipasangkan sebanyak tiga orang sahaja. Tiga? Orang lain empat.. Okay la tu mula-mula empat lepas tu dibahagi-bahagikan tinggal bertiga je satu khemah. Alhamdulillah khemah kat situ besar la juga nasib baik tak kecil kalau tak sesak la nak bernafas dalam khemah tu.. Hehe.. Kami sampai pun dah lewat sebabnya tunggu feri dekat Marina Island tu punya lama. Selepas pasang khemah bersiap-siap untuk solat maghrib pula kemudian sementara tunggu solat Isyak makan malam. Makan jangan cerita sedap juga.. Hari-hari ikan boleh jadi kurus saya kalau hari-hari ikan saja menunya kalau kat rumah gemuk sikit sebab kadang-kadang menunya ayam. Malam tu ada sedikit taklimat daripada pihak kem tersebut sampai la pukul 11 Malam macam tu kot. Hari first di situ not bad sebab tak ada aktiviti sangat cuma taklimat je banyak dan kami menjadi pendengar setia.
Batu Bersurat tersebut dikatakan menceritakan perihal anak kepada pembesar Belanda yang telah hilang dan dipercayai telah dibaham oleh seekor harimau. Walaubagaimanapun, menurut penduduk tempatan, kisah ini merupakan rekaan semata-mata oleh orang Belanda untuk menutup malu kerana sebenarnya anak pembesar Belanda tersebut telah dilarikan oleh lanun. Okay.. Dah tahu mengenai batu bersurat jom cerita pula mengenai Kota Belanda.
Hari pertama masuk sekolah masyaAllah... Bukan main banyak homework yang cikgu bagi sumpah tak sama langsung macam tahun-yang sebelumnya . Adakah ini satu beban untuk menghadapi PMR ? Kalau tahun lepas okay lah jugak homework tak banyak , boleh enjoy lagi . Tahun ni tak berapa selesa sangat dengan kedudukan dalam kelas . Kelas sempit , pelajarnya humm ... Bising !! Sabarlah , nak buat macam mana kawan-kawan sekelas tahun lepas ramai yang sudah berpindah kelas . Sumpah tak suka dengan kelas saya sekarang !! :(
Okay lah tahun ni memang tahun yang paling sibukkan sekali sekala dapat berjogging di ladang kelapa sawit yang sangat-sangat redup dan sejuk tu Alhamdulillah at least dapat release tension kat kelas tu . Tahun ni lebih seronok daripada tahun lepas . [klik sini untuk merentas desa 2010] sebab tahun ni dapat nombor 19 ! Daripada entah berapa puluh , 50-60. Maaflah tahun ni tak adda gambar merentas desa . Oh ya selesai acara ni dalam jam 11 pagi ke 12 tengahari selepas penyampaian hadiah . Tahun ni pun tak dapat hadiah jugak lah ;p tapi okay la meningkat dari segi nombor/kedudukanye hehe ..
Okay lah habis pasal merentas desa , sekarang kita masuk pula pada Watikah Pelantikan Pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber sekolah bagi sesi 2011 yang diadakan pada 19 Januari 2011 di Dataran Ilmu sekolah .
Hmm yang ni first time lah , fuhh berdebar tu tak lari bila benda-banda sebegini diadakan . Yelah menghadap depan cikgu , pelajar , naik pentas pula . First apa yang saya takut bila nak jalan menuju ke pentas takutkan bila berjalan tu terserudum entah apa-apa benda yang ada kat bawah tu ish .. Malunya kalau macam tu . So saya berhati-hati lah . Second pula segan . Segan sebab cikgu-cikgu semua duduk mengadap pada kita . Hurmm tapi semuanya Alhamdullillah ssemuanya berjalan dengan lancar . Pengawas sekolah semuanya sseramai 63 orang rasanya tapi saya tak pasti lebih kurang begitulah . Pengawas pusat sumber saya tak tahu pula ... Kami deberikan sijil dan tag nama oleh pengetua. Penyampaiam ini diberikan kepada pengawas pusat sumber sekolah terlebih dahulu dan kemudian barulah pengawas sekolah .
Sebenarnya surat ini lambat sampai , nasib baik lah cikgu sudah inform awal pasal uniform sekolah wajib beli di sekolah pada 9 Disember . Lambat 3 hari kot . Tak tahu kenapa . Apa-apa pun terima kasih kepada guru-guru yang membantu serta rakan-rakan yang memberikan sokongan . Juga kepada cikgu Asror kerana sudi menandatangani surat pelantikan tersebut sabagai pengesahan . Tidak di lupa kepada ibu dan ayah sebab membenarkan saya untuk menjadi pengawas sekolah . Kepada kakak kerani , thank you sebab tolong tampalkan setem 60 sen dan postkan surat . Tidak dilupa abang posman yang tolong hantarkan surat hingga ke rumah . Maka tertera lah surat daripada pihak sekolah kepada Ahmad Bin ... Ia itu ayah saya . Terima kasih tidak terhingga !! Saya tidak akan menghampakan harapan guru-guru ,ibu bapa dan rakan-rakan . Saya akan buat yang terbaik insyaAllah .
So , saya berharap saya dapat menjalankan tugas yang diamanahkan oleh mereka [guru-guru , rakan-rakan dan juga ibu bapa saya] untuk kebaikan pada masa hadapan supaya menjadikan saya sebagai seorang yang lebih berdisiplin disamping cemerlang dari segi akedemik dan kokurikulum untuk menjadi pelajar contoh kepada pelajar lain supaya generasi sekolah saya akan datang lebih bertanggungjawab dan berwibawa. [ayat meor ni] tidak dilupa juga kepada senior saya Meor Amir Muhsin terima kasih sebab banyak membantu . Saya mendoakan agar keputusan SPM beliau cemerlang . Amin~ Maaf lah tak dapat post panjang . Petang esok saya akan bertolak ke Sepang .
Ya Allah , jadikanlah hamba seorang yang bertanggungjawab serta memegang amat yang diberikan oleh guru-guru dan ibu bapa . Jauhilah hamba dari perkara-perkara yang melalaikan . Sesungguhnya hamba bersyukur atas segala nikmat yang telah Engkau berikan.