Ingat lima perkara, sebelum lima perkara.
“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sehat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.” (Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)
Hari ini program selepas PMR adalah mengenai pengurusan jenazah.
Rindu pula nak menulis karangan (menaip panjang).. Izinkan saya bercerita untuk entry kali ini.
Tahun ni merupakan tahun ke-2 saya menyertai program sebegini di sekolah. Tapi bezanya, tahun sudah saya tak dapat nak ikuti program tu dari awal dan tahun ni Alhamdulillah dapat mendengar ceramah Ustaz Abdul Fatah dari awal sehingga akhir.
Apa yang best?
# Alhamdulillah dapat menambahkan lagi ilmu Fardu Kifayah saya mengenai pengurusan jenazah.
# Dapat melihat sendiri praktikum memandi dan mengkafankan jenazah.
# Alhamdulillah, serba sedikit saya sudah tahu cara untuk menyembahyangkan jenazah. Ya, dulu saya memang jahil bab pengurusan jenazah ni kerana selalu mengambil ringan dan mengambil mudah.
# Best sebab tiada gangguan yang tidak diingini berlaku.
# Last sekali saya dapat hadiah kerana dapat menjawab soalan quiz yang dikemukakan oleh Ustaz Abdul Fatah.
Apa yang tak best?
# Seperti biasa.. Berbual-bual sehingga menjadikan keadaan riuh-rendah. Oh damn, part ni paling saya tak suka, tak sah kalau tak menyembang kan. :-)
# Bergelak ketawa, biasanya budak lelaki lah yang suka gelak (kuat-kuat) sampai orang lain dengar pun boleh berjanggit gelak sama. Aku pun sebenarnya hairan, tak boleh kah kalau menyertai program agama sebegini tolong serius sekejap ambil pengajaran dan iktibar. Ni tak, tahu seronok sahaja sepanjang masa. Kalau boleh dalam kubur sorang-sorang nanti pun nak gelak juga gamaknya. Entahlah, saya tak cakap mengenai sesiapa, saya menulis secara umum. Tolonggggggg lah! Ingat balik dan ambil pengajaran, "esok-esok kalau aku mati macam mana agaknya, adakah amalan aku selama ini diterima oleh Allah?" paling tak pun fikirlah macam tu. Ni tak, tahu pun bila dah mati nak orang madikan dan menkafankan kita secara tertib dan seterusnya nak masuk syurga, tapi......... Hmm. Wallahualam.
Tak apa lah, mungkin mereka pernah kematian saudara-mara terdekat atau ibubapa mereka sendiri dan tidak mahu bersedih.. Atau, mungkin bergelak ketawa dapat mengingatkan mereka kepada mati. Tidak mustahil bukan, setiap manusia mempunyai pendirian masing-masing dan tidak ada salahnya jika kita bersangka baik bukan? :-)