Pages

Subscribe:
Welcome .. Hope you will enjoy with my blog . Don't forget to be my followers :)

Labels

Cuti (9) Interest (10) Menci (6) Merapu (13) Pengajaran (9) Pengawas Sekolah (7) People (7) Photos (23) School (27) sick (3)

11 May 2011

Nostalgia Budak Sekolah Rendah

Alahai.. Kelakar bila mengimbau kembali zaman kanak-kanak dahulu. Nakal lah jugak dulu-dulu ;p

Paling diingat masa tadika. Saya ni dulu agak lasak sedikit orangnya suka buat benda yang bukan-bukan antaranya masa dalam kelas waktu rehat dalam pukul 10 tu orang lain sibuk makan saya pulak sibuk lari-lari, panjat-panjat meja. Tak beradab langsung.. Haha pecah jugak rahsia ;p tapi tak lama pun dekat tadika cuma dua tahun je saya kat sana. Kawan baik zaman tadika tu pun masing-masing dah berasrama (sekolah agama). Tinggal saya sorang je tersangkut kat sini..

Then masuk pula sekolah rendah.. Mula-mula parents cadang nak masukkan saya ke sekolah agama sebab adik beradik yang lain dulu semuanya sekolah agama lepas tu tak jadi pulak sebab kalau ke sekolah agama ni awal-awal pagi dah kena pergi sekolah tapi disebabkan terlalu awal tiada sapa nak menghantar so masuk je la sekolah skebangsaan mula-mula tu excited gila nak masuk Darjah 1 sebabnya dah terasa besar sikit daripada kat tadika..

Pakai kasut putih,cantik dan berseri lagi tuh kalau kat tadika asyik-asyik pakai selipar je tak berapa smart ;p Saya ke sekolah tak macam sekarang ni, parents hantarkan, dulu masa tadika dan sekolah rendah darjah 1-6 naik ven je. Orang panggil driver van tu Tok Chik, kawan parents saya jugak pun. Tok Chik panggil saya No'oi.. Haha kelakar kan pelik je bunyinya. Actually mula-mula pun saya pun tak tahu No'oi tu ape lepas tanya mak baru la tahu... Mak kata No'oi tu Nurul.. Haha Tok Cik selalu mengusik saya sebab saya anak bongsu ;p Ok, banyak gila pengalaman suka duka bila naik van pergi dan balik sekolah ni. Dalam van ada undang-undang tau, sesiapa yang bahasakan diri "aku" setiap seorang yang ada dalam van tu kena cubit dia. So ada lah jugak sorang dua yang kena. Haha cubit kuat-kuat! Padan muka dia.. Hehe tak ada lah, saya kalau suruh cubit kawan yang ber"aku" tu perlahan-lahan je pun sebabb kesian tapi ada jugak yang cubit kuat-kuat sampai merah tangan kawan tu dibuatnya. tapisaya tak pernah laa bahasakan diri sebagai aku dan tak pernah kena cubit. Dan apa yang saya dapat, sampai sekarang saya tak pernah bahasakan diri "aku" sampai sekarang! Tak percaya? Tanya classmate saya.. Saya bahasankan diri dengan kawan-kawan sebagai "kita" kan sopan sikit walaupun agak skema. Tak gitu ;p Lebih kurang lapan tahun saya pergi,balik sekolah dengan van yang sama. Kalau nak diceritan tak ada yang pahit pun sepanjang naik van ke sekolah semuanya best-best hehe.. Dapat duduk ramai,ramai kan best.. Tapi paling tak best bila ven penuh kena duduk kat bahagian hujung yang jauh dari tingkap. panas juga lah sebenarnya tapi sekejap je :) so, masing-masing semua berebut nak duduk dekat dengan tingkap. Bila habis waktu sekolah je kadang-kadang van datang lambat terpaksa lah tunggu. Bukan apa kadang-kadang terlajak waktu, kadang-kadang ada hal dan lain-lain. Bila datang je van Tok Chik belum berhenti lagi, semua berebut-rebut sebab nak duduk tepi tingkap. Hahaaa.. Siapa yang lambat tu nasib laa ;p

Cerita semula kehidupan kat sekolah rendah.. Hai rasanya panjang lagi kot nak certa ni.. Tak apalah, saya cuba ceritakan juga. Masa darjah 1 tak sama macam tadika dulu. Bila masuk darjah satu ni terus saya jadi budak pendiam. Saya sendiri pin tak tahu kenapa.. Sampai dalam buku rekod pun cikgu tulis, pendiam,pendiam,pendiam setiap tahun tapi sampai darjah3 je. Even Tok Chik tadi pun kata saya pendiam. Entah lah mungkin saya ni tak suka bersembang kot or mungkin sebeb saya duduk sebelah budak pandai masa tu ;p

Ehh, budak pandai? Ha ah, ha ah :p selalu tiru jawapan dia masa exam.. Hehe tak ada lah. Dulu dalam kelas ada sorang anak cikgu ni manja betul agaknya asyik menangis je.. Hampir setiap hari. Cikgu-cikgu pun dah boring ;p Ayah dia cikgu kat sekolah yang sama jugak. Kadang-akadang ayah dia ada la jugak menejnguk tapi sama je kot. Tak berubah-rubah menangis je sampai suatu hari baru lah senyap. Dulukan kalau saya demam sekali pun saya tetap nak ke sekolah jugak! Sebab rasa rugi bila tak datang sekolah sampai suatu hari tu saya termuntah-muntah dalam kelas. Eeee ;p Sebabynya terlalu memaksa diri untuk ke sekolah. Then cikgu call parent suruh datang ambik, akhirnya balik juga ke rumah... :(

Darjah2 lain pulak, Aktif sikit . Suka gurau-gurau dengan kawan. Hehe masa tu saya dilantik jadi ketua kumpulan je.. Darjah dua ok la, biasa-biasa je kot.

Darjah3 tahun yang terakhir jadi budak pendiam. Darjah3 tak ada yang best pun. Tapi... Tahun tu kali pertama saya menaiki pentas berhadapan orang ramai untuk membuat persembahan sains. Persembahan ni cikgu yang suruh.. Bukan saya seorang sahaja, ramai juga rakan sekelas turut bersama-sama buat persempahan experiment sains. Experiment apa? Haa experiment sylibus darjah 3 la apa lagi iaitu mengenai spring.. Bukan musim spring tu okay tapi spring yang ini :)

Ha.. Darjah4 dah mula matang sikit. Sikit jelaa.. Dah mula jadi budak yang banyak mulut sikit yang paling best tahun tu masa pergi rombongan Persatuan Science and Maths ke Melaka. Tu laa kali pertama berdikari untuk satu hari tanpa parents di sisi.. Sehari je rombangan tuh itupun sepanjang dalam perjalanan tidur nasib baik la waktu malam kan Melaka jauh.. Lama tu nak sampai. Itulah jugak kali pertama saya melangkah ke bumi Melaka. Best la jugak..

Darjah5, ha.. Darjah5 nakal teramat.. Bila cikgu tak masuk class mula la round-round satu bangunan sekolah. Paling best waktu ni pergi rombongan ke Kuala Lumpur pula. Best tersangat-sangat. Tiga orang sahaja murid darjah 5 tahun tu. Kami menginap di UKM tapi ada juga kisah lucu ramai senior-senior takut nak pergi toilet kat ceruk bangunan dah la sunyi, jauh pulak tu.. Bila pagi-pagi Subuh tu ramai yang tak mandi sebab takut (not me) hehe.. And then bila melancong sana sini kami balik sekejap tiba-tiba barang-barang beharga milik senior kami banyak yang hilang! Dasyat atau tidak, sampai sekarang belum tahu siapa yang curi ada yang mengata makcik cleaner yang geledah masuk. Wallahu alam.. Alhamdulillah lah barang kami tak ada apa-apa yang hilang.

Siapa ni? Boyfriend, skandel, abang? Semuanya bukan.. Hehe. Bergambar bersama Ustaz Muhammad semasa umur 11 tahun. :D suria klcc

Emm. Selain tu ada juga kenangan darjah5. Masa tu saya unit berunifrorm Puteri Islam. Lepas tu cikgu pilih masuk kawad kaki format baru di SM, Teknik selama satu malam. Bunyi macam tak best je bila dengar kawad-kawad ni tapi enjoy gila.. Hehe.. Seronok especially bila sebilik dengan kakak-kakak senior sekolah tu. Baik-baik belaka.. Tempat tidur pun selesa macam hotel five staarr. Hee :D

Waktu ni bukanya baru pertama kali datang ke Kuala Lumpur, tapi saja-saja nak pergi lagi dengan kawan-kawan pula. Then lepas peperiksaan akhir tahun langsung tak belajar apa kami pun mula la bawa hand phone ke sekolah. Waktu tu hand phone pun tiga-tiga sekupang je..

Darjah6 pindah sekolah baru. Best jugak laa dari situ la saya dapat seorang sahabat karib sampai sekarang ni. Alhamdulillah :) Bestnya tahun ni dapat menyertai Kem Pengakap Di Sek Keb Seri Setia nama je kem tapi tidur dalam bangunan sekolah.. Best juga! Paling tak best bila kena masak makanan dalam satu team dengan cuaca panas terik di padang. Fuhh..At last tak jadi pun makananya.. Haha. Balik daripada Kem tu ramai yang cakap muka dah gelap! Oh tidak.. Sumpah tak nak masuk pengakap lagi tahun depan. Darjah6 yang paling best sebab waktu tu kamilah yang paling senior di sekolah. Lebih-lebih lagi selepas peperiksaan UPSR. Nak buat ape pun buat laa, cikgu tak marah sangat. Buku? Hmm rasanya dah tak tengok langsung selepas UPSR paling tidak pun bace komik je kot sebab kawan-kawan saya suka bawa komik so saya pun ikut lah baca jugak.. Tapi paling banyak pun menyembang je selepas UPSR tu :p

Selepas balik sekolah kebangsaan, petang tu pergi sekolah agama pulak.. Memeng best laa rindu nak masuk sekolah tu balik tapi dah terlebih umur laa.. hehe ape yang best? Ermm sebab dapat result bagus kot. Hehe nak bangga sikit :p sekolah agama tak macam sekolah pagi. Sekolah agama saya asyik dapat rangking top5 je dalam kelas.. Kehkehkeh.. Sebabnya minat mempelajari ilmu agama sebab tu lah kot :p waktu asar pulak solat berjemaah di surau, itu la untungnya sekolah agama peluang untuk dapat 27 kali ganda pahala mudah je berbanding solat berseorangan di rumah. Tapi time tu ada jugak budak lelaki yang nakal waktu tu menyorok dalam kelas, dalam meja, almari, belakang pintu dan sebagainya sebab tak nak solat. Siapa yang tertangkap tu kena la dengan guru besar ;p

Darjah4 saya dilantik menjadi penolong kelas dan dipilih untuk menyertai pertandingan nasyid peringkat sekolah.. Ehh nasyid? Sedap ke menyanyi? haha tak ada lah sangat.. Dapat no3 peringkat daerah tu lah kenangan manis disana :)

tada..

0 voices: