Seorang Yahudi bertanya kepada Rasulullah,
"Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan yang didapati oleh orang solat"
Kemudian Rasulullah bersabda: "Jaganlah waktu-waktu solat terutama solat yang pertengahan, solat Zuhur, pada saat itu nyalaan neraka Jahanam, orang mukmin yang mengerjakan solat pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api nerakaJahanam pada hari Kiamat." Sabda Rasulullah lagi:"Manakala solat Asar, adalah saat di mana Nabi Adam memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan solat Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir."
Setelah itu Rasulullah membaca ayat yang bermaksud:"Jagalah waktu-waktu solat terutama sekali solat yang pertengahan, solat Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan solat Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah maka Allah akan perkenankan."
Sabda Rasulullah:"Solat Isyak. Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam mmalam yang gelap untuk pergi menunaikan solat Isyak berjemaah, Allah haramkan daripada terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titian sirath."
Sabda Rasulullah seterusnya:"SOlat Subuh pula, seorang Mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 Hari secara berjemaah, diberi oleh Allah dua kebebasan iaitu: -Dibebaskan daripada api neraka -Dibebaskan daripada nifaq (sifat munafiq)."
0 voices:
Post a Comment