Pages

Subscribe:
Welcome .. Hope you will enjoy with my blog . Don't forget to be my followers :)

Labels

Cuti (9) Interest (10) Menci (6) Merapu (13) Pengajaran (9) Pengawas Sekolah (7) People (7) Photos (23) School (27) sick (3)

01 June 2011

Kem Kepimpinan Pengawas 2011

Actually dah lama saya terfikir nak tulis ke tak, nak tulis ke tak pasal ni. Entah la dah bosan dah berblogging ni.. Statistic blog pun dah tak macam dulu lagi. Fed up, upset dan sebagainya.. Ok lah disebabkan ada yang buat permintaan jadi saya cerita lah sikit pasal Kem Kepimpinan Pengawas yang berlangsung pada 27-29 Mei 2011 di Pusat Kokurikulum Perak, Pangkor.

Pengalaman di sana selama tiga hari tiada apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku. Seronok saja memanjang. Actually masa mula-mala sampai di Pusat Pangkor Perak pun saya tak tahu apa sebenarnya tujuan saya ke sana sebab jadual program dan aktiviti-aktiviti apa pun tidak diberi tahu cuma yang saya tahu aktiviti single rope tu sahaja itu pun sebab masuk-masuk je pusat koko tu itu jelah yang saya nampak. Perasaan takut memang tak lari kalau disuruh buat aktiviti macam tu. Haiyak! Kami sebenarnya tiba di Pusat Koko tu pun dah lewat.. Lewat macam mana pun saya tak tahu sebab saya haram jadah pun tak tahu waktu sekian-sekian kena sampai, waktu ni kena buat aktiviti ini. So saya pun selamba relaks saja lah jalan lenggang-lenggang kangkung. Rupanya kami terlewat sampai daripada tempat tu lepas tu kena la marah dengan Tuan kem kat situ.

Macam ni.. Hehe

Kami sampai di pusat Ko tu dalam pukul 6.00 Petang macam tu la.. Waktu pun dah nak gelap sampai-sampai terus solat asar berjemaah. You know? Solat berjemaah yang paling saya suka di situ. Kalau kat rumah solat sorang-sorang je. Di kem ni tiap-tiap waktu tak terlepas solat berjemaah cuma ada la satu waktu tu solat bersendirian sebab lambat siap :p Ahaks.. Selepas kami solat tiap kumpulan dibahagikan kepada empat atau tiga orang sebab untuk muatkan satu khemah. Selepastu tiba la proses pemasangan khemah.

Bab ni adalah sedikit pengalaman dalam Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah (KRS) masa awal-awal aktiviti kokurikulum dulu bagaimana cara pemasangannya dan alhamdulillah khemah kami berjaya dipasangkan sebanyak tiga orang sahaja. Tiga? Orang lain empat.. Okay la tu mula-mula empat lepas tu dibahagi-bahagikan tinggal bertiga je satu khemah. Alhamdulillah khemah kat situ besar la juga nasib baik tak kecil kalau tak sesak la nak bernafas dalam khemah tu.. Hehe.. Kami sampai pun dah lewat sebabnya tunggu feri dekat Marina Island tu punya lama. Selepas pasang khemah bersiap-siap untuk solat maghrib pula kemudian sementara tunggu solat Isyak makan malam. Makan jangan cerita sedap juga.. Hari-hari ikan boleh jadi kurus saya kalau hari-hari ikan saja menunya kalau kat rumah gemuk sikit sebab kadang-kadang menunya ayam. Malam tu ada sedikit taklimat daripada pihak kem tersebut sampai la pukul 11 Malam macam tu kot. Hari first di situ not bad sebab tak ada aktiviti sangat cuma taklimat je banyak dan kami menjadi pendengar setia.

Keesokkan harinya.. Feewwww... BEST!!!!!!
Pagi-pagi selepas solat subuh ada kuliah subuh mengenai pemimpin. Ramai juga yang tersungguk-sungguk dengar kuliah dalam surau pagi tu haha pagi-pagi orang masih mengantuk lagiii.. Selepas tu rehat sekejap dan Gerak ke dewan khas Pusat Ko untuk aktiviti senam seni ataupun senamrobik. Ha.. lepas senamrobik macam biasa la sarapan dulu lepas sarapan yang best ni.. Kami dibahagikan kepada empat kumpulan. Dua kumpulan akan berkayak dan dua kumpulan lagi akan berbasikal selepas itu bertukar pula yang berbasikal ke berkayak, yang berkayak ke berbasikal. Kalau berbasikal macam biasa sahaja bunyinya bukan? Tetapi berkayak, waaaaaaaaaaaa.... Tidak dinafikan saya pun beranggapan begitu juga pada awalnya. Alhamdulillah saya termasuk dalam kumpulan pertama yang akan berkayak. Woohoooo!! Haih.. Panjang lagi nih kalau nak ceritakan jari dah penat menaip. Rehat sebentar bersama kit-kat.
Tahun ni merupakan kali pertama saya berkayak. Sebelum ni tak pernah lagi. Alhamdulillah saya berkesempatan berkayak di Laut Selat Melaka bersama rakan-rakan yang lain. Barulah saya tahu bagaimana rasanya orang berkayak selama ni sungguh memenatkan. Lengan ni dah berlebam-lebam mengayuh arus ombak untuk pengetahuan satu cable kayak hanya muat untuk dua orang sahaja untuk mrentasi laut Selat Melaka tangan ni tak berhenti-henti mengayuh. Walaupun lenguh tapi pengalaman sebegitu tidak dapat dilupakan tetapi sebelum berkayak kami diberi sedikit information pasal keselamatan diri dalam air dengan menggunakan life jacket tujuan ni adalah untuk memberikan confident di dalam air apa yang penting kalau terjadi apa-apa jangan panik itu sahaja :-)
Macam ni
Kami berkayak entah berapa jauh saya pun tak tahu la tapi yang penting terasa sangat jauhnya berkayak dalam hati asyik cakap "bila nak sampai ni" itu saja la yang dikatakan berulang-ulang kali. Terpaksa la mengayak juga nampaknya kesian kepada kawan di belakang pula dia berkayak sorang-sorang. Berkayak punya berkayak tak sedar akhirnya sampai juga ke destinasi. Yang membanggakan cable saya adalah cable nombor tiga yang sampai ke destinasi tersebut. Wahh.. Bangga!! XD Waktu berkayak asyik sebut saja bila nak sampai,bila nak sampai.. Now bila dah sampai rasa sedih pula nak meninggalkan kayak :-( Bukan selalu dapat berkayak kalau adapun berbayar dengan bayaran yang agak mahal tapi di sini free of charge sahaja!!
Selepas berkayak kumpulan kami memasuki hutan pula untuk sampai ke tempat berbasikal dan peserta mula-mula yang berbasikal tadi pula giliran mereka untuk berkayak.
Perasaan memasuki hutan bukanlah pengalaman baru bagi saya. Cewahh!!! Sebelum ni pernah juga la dua-tiga kali memasuki hutan yang pertama waktu umur 11 tahun kot agaknya memasuki hutan simpan FRIM macam-macam jenis pokok ada. Bahkan pokok yang bergulung-gulung macam ular pun ada.. Dalam hutan best, sejuk!! Dan tiada pencemaran seperti di bandar-bandar antaranya hujan asid dan sebagainya. Kami berjalan redah sana sini, akhirnya jumpa satu perkampungan Teluk Gedung di Pangkor. Kemudian kami ditugaskan untuk menaiki basikal apa ek, lupa pula nama dia mahal juga harganya. Banyak juga kampung-kampung yang telah kami redah, antaranya Kampung Teluk Kecil, Pekan Pangkor dan ada lagi lah sebahagiannya. Dalam perjalanan mengayuh basikal, saya terjumpa seketul batu besar. Actually saya pun tak tahu batu apa yang besar sebegitu rupa tapi saya yakin ia merupakan batu bersejarah pada zaman dahulu yelah Pangkor juga merupakan sebahagian tempat bersejarah juga maaa (^.^)
Tadaaa..
Pelik dan hairan bagaimana mana batu tu boleh berada di tengah-tengah kampung. Di kawasan rumah orang pulak tu. Soalan itulah yang berada di fikiran saya waktu melihat batu itu saya terus melihat dan merenung batu itu untuk mendapatkan kepastian tapi kaki saya mengayuh perlahan-lahan meninggalkan pandangan saya daripada batu itu. Soalan mengenai batu itu tadi belum dikenal pasti lagi "batu apakah itu?" Saya teruskan perjalanan sehinggalah tiba di Kota Belanda. Selepas saya mencari di google barulah saya tahu batu yang saya tertanya-tanyakan tadi adalah batu bersurat.... Can you see that ada lakaran bewarna hitam yang agak sedikit kabur di atas itu? Lakaran yang diukir pada permukaan Batu Bersurat tersebut ialah berbentuk seekor harimau yang sedang menyerang sesuatu (dipercayai seorang budak lelaki) dan terdapat dua bulatan berbentuk daun dan perkataan-perkataan Belanda serta Inggeris iaitu ‘If Carlo 1743’ dan lambang VOC (Veerenigde Oostindische Compagnie) yang membawa maksud Syarikat Hindia Timur Belanda. Tahun yang tercatat dikatakan sebagai tahun pendudukan semula Belanda di Pulau Pangkor selepas diusir oleh penduduk tempatan yang diketuai oleh Panglima Kulup pada sekitar tahun 1690an.

Batu Bersurat tersebut dikatakan menceritakan perihal anak kepada pembesar Belanda yang telah hilang dan dipercayai telah dibaham oleh seekor harimau. Walaubagaimanapun, menurut penduduk tempatan, kisah ini merupakan rekaan semata-mata oleh orang Belanda untuk menutup malu kerana sebenarnya anak pembesar Belanda tersebut telah dilarikan oleh lanun. Okay.. Dah tahu mengenai batu bersurat jom cerita pula mengenai Kota Belanda.

Kota Belanda ni tempat penyimpanan bijih timah di seluruh negeri Perak or seluruh negeri itu tak berapa ingat lah pula tapi yang pasti penduduk Tanah Melayu waktu itu marah dengan tindakan yang dilakukan oleh pihak British lalu bertindak untuk memusnahkan kota ni lepas tu pada tahun berapa entah kira-kira 4 tahun selepas itu British bina balik kota ni dengan menyediakan askar upahan mereka di setiap penjuru. Beberapa tahun selepas itu kota ini tidak digunakan lagi dan sekarang ia menjadi museum kepada orang ramai.
Haish.. Tak pasal-pasal je saya jadi cikgu sejarah harini XD
Selepas ke Kota Belanda selama beberapa minit, kami terus bergerak terus ke pusat Ko kembali untuk mencuci basikal dan terus makan tengahari dan solat Zuhur. Lepas solat Zuhur kami diberi rehat lebih kurang 40 minit kot rasanya. Tak ingat pula.. Saya tidak melepaskan peluang untuk tidur di surau selepas menunaikan kewajipan menghadap Allah S.W.T, solat Zuhur. Ceh, letih dah time tu dengan cuaca yang panas lagi. Jadi suraulah tempat kami tidur olok-olok(tidur sekejap) kat khemah kau nak tidur? Mak aih.. Kulit kau kulit tahan dan panas ke hape? Hehe.. Kat surau ada kipas kira boleh la tidur kat situ..
Macam mana surau ni? Cantik dan bersih lagi suci kan :-)
Lepas tu pukul 3.45 kami bergerak ke tempat single rope yang berhampiran dengan khemah kami.. Macam mana rupa single rope tu ye? Haaaa
Macam ini la.. (tiang bewarna oren tuh+bertali-tali) Sori tak berapa clear, photographer murahan macam ni la jadinya. Abaikan kartun tu =.=
Kami menunggu giliran seorang demi seorang sehinggalah tiba giliran saya. Cuak.. Huhh..
Best -best sampai tak tahu nak kata apa lagi dah. Kat situ ada 3 jenis yang berlainan pertama tak ingat, yang kedua tu postman walk ala-ala cat walk. Berjalan atas kayu kecil tanpa memegan apa-apa cuma berharapkan pada tali keselamatan tu sahaja. Zaman jepun dulu penduduk tempatan dipaksa membina jalan kereta api maut. Ni sejarah ni.. Banyangkan la kereta api maut tu macam mana... Kalau nak jalan kena lalu atas kayu tu kalau jatuh maka meletupla segala bom di bawah tu. Yang ketiga pun tak ingat la apa istilahnya..
Posman walk
Kemudian kami diberi minum petang and then bersiap-siap untuk solat maghrib berjemaah. Selepas itu.... Jeng-jeng-jeng... Bersiap sedia la untuuukkk Jejak Spora. Tak sure la ejaan tu betul ke tak tapi bunyinya macam tu laa :-) Jejak spora ni treking hutan waktu malam. Bila dengar treking hutan waktu malam ni apa yang korang bayangkan? Mesti la gelap dan sunyi kan.. Betul tu memang gelap dan sunyi. Masuk hutan beramai-ramai satu team lepastu turun sorang-sorang yang hanya berbekalkan lilin kecil sahaja setiap seorang.. Pengalaman saya memasuki hutan waktu malam merupakan pengalaman pertama. Menurut pihak pengurus kem di Pusat Ko tu, orang buta dia boleh berjalan sorang-sorang tanpa dipimpin oleh siapa-siapa dengan sempurna sedangkan saya yang tak buta ni alahai.. Tak nampak =.= Spora ni sebenarnya merupakan cahaya kecil bewarna hijau yang ada di dalam hutan akibat daripada proses pereputan tumbuh-tumbuhan lah. Sprora hanya dapat dilihat degan keadaan yang betul-betul gelap sebab sproa ni begitu sensitif terhadap cahaya. Sebab itulah Komunis zaman dahulu bebas bergerak pada waktu malam di dalam hutan dengan adanya cahaya spora ini dan begitu juga dengan haiwan. Bila haiwan ni nampak spora ni bergerak-gerak maka dia tahu ada musuh yang menghampiri dia. Spora ni bukan lah cahaya seperti lampu. Ianya kecil sahaja kadang-kadang susah untuk melihatnya(for me) hehe... Peraturan dalam hutan tu senang sahaja.. Jangan celupah, mecarut dan tidak dibenarkan memetik daun ataupun cabut apa-apa benda di dalam hutan tu sebab takukan apa yang diusik tu tempat tinggal binatang so nanti binatang tu marah sebab manusia mengganggu tempat dia tak pasal-pasal je pukul 2-3 pagi dia suruh hantar balik. Hihihihi... Takut... Takut... Bila di dalam hutan saya teringat pesanan Cikgu Azri-guru matematik sewaktu darjah 5.. Beliau berkata, "dalam kehidupan ni jangan terlalu takut dan juangan terlalu berani" Oh.. saya masih ingat sehingga ke hari ini :-)
Perasaan sewaktu menurun hutan seorang diri tu takut sangat!! Sesangat-sangat! Sumpah sepanjang kaki berjalan sorang-sorang tu asyik berselawat sahaja. Pernah saya tersilap lorong sehinggakan termasuk celah-celah semak samun. Lilin pula terpadam. Haih.. Memang takut lah sorang-sorang+gelap=takut.. Tapi alhamdulillah semuanya selamat. Selepas itu kami diberi sedikit taklimat mengenai jejak spora tu apa yang saya ingat kata-kata beliau ialah "siapa yang bijak dia akan gunakan lilin tu sebaik mungkin sama ada dia membakar daun tu satu persatu supaya api menjadi lebih banyak cahaya ataupun berjalan tanpa menggunakan lilin" selepas beliau berkata begitu saya mula terdetik dalam hati "ha ah la.. Kenapa la aku tak terfikir tadi XD" hehe.. Selesai taklimat masa untuk tidur....
Keesokkan harinya seperti biasa, solat Subuh selepas itu dengar kuliah subuh.. Hari terakhir ni tak ada aktiviti seberti hari-hari sebelumnya cuma majlis penutup sahaka hari itu. Kami (pengawas) dipraktikkan bagaimana hendak menguruskan majlis perhimpunan rasmi untuk dibawa pengalaman ini ke sekolah selepas kem tersebut.. Kemudian bersiap-siap turunkan khemah dan balik... Uhu sedihnya.. Dah la best dan menarik aktiviti-aktiviti di sini..
Ironinya, dalam semua aktiviti-aktiviti yang dilakukan sebenarnya memerlukan kekuatan fizikal dan mental untuk menjadi seorang pemimpin di sekolah atau di mana sahaja, Alhamdulillah.. Pengalaman demi pengalaman telah saya tempuhi dan alhamdulillah lagi sekali kerana semuanya berjalan dengan baik. Teringat cikgu sekolah rendah waktu itu yang berkata "pengalaman adalah penting untuk menjadi seorang pemimpin yang akan memimpin masyarakat" :-)
Chaakkk!!!! Goodbye Pulau Pangkor :-)