Fuh, dengar title macam aku pulak yang dibicarakan. Seram sejuk dibuatnya mana tak nya entah apa salah aku sampai boleh dibawa ke mahkamah. Straight to the point, Jumaat 23 September 2011 aku terasa bersalah sebab memonteng sekolah dalam masa yang gawat sekarang ni (hampir PMR) untuk pengetahuan, aku bukanlah seorang kaki ponteng apa lagi kaki botol. (erk, apa aku merepek?) okay serious aku bukan kaki ponteng sekolah. Bila tak biasa ponteng ni tahu-tahu sajalah macam-macam yang aku fikir dari A sampai ke Z. "Entah macam mana agaknya kawan-kawan aku belajar di kelas. Mesti banyak ilmu yang mereka dapat." Bila aku fikir macam tu, secara automatic-nya aku berasa resah memandangkan PMR semakin hampir menemuiku.
Abang aku Mohamad Zikri Bin Ahmad menerima tauliah sebagai seorang peguamnya di Mahkamah Shah Alam, Selangor. Bagi yang tak biasa memang jamin la tak tau apa-apa macam aku mula-mula dulu. Tauliah peguam ni bagi aku macam convo laaa. Abang aku baru baru je habis dia punya Chambering (praktical) lepas tu mesti ada dia punya pentauliahan tau pengiktirafan kiranya dah berjaya jadi lawyer la. Kalau doktor praktikal orang panggil Houseman tapi lawyer praktical orang panggil Chambering 100% perbeza.
Perancangan awalnya ke Bandar Enstek (google) dulu ke rumah kakak aku pada petang hari Khamis. Tapi before tu singgah ke Gombak dulu ambil abang aku di sana. Sampai di Gombak pun dah malam dalam pukul 11 malam macam tu la. Singgah pulak makan kat kedai mamak. Favourite aku kat mamak apa lagi, roti canai, thosai, roti naan dengan capati. Tu je la. Kedai tu punyalah bising tapi aku heran ada orang baca buku di kedai mamak. Sungguh tak faham bagaimana dia boleh fokus membaca dalam keadaan bising. Mula-mula aku sangka muka dia macam doktor then aku sangka cikgu lah pulak sebab dia baca buku about science macam tu la then dia main kira-kira pulak pakai calculator. Tak tau lah, lain manusia, lain pendirian. Anyway, mambaca satu amalan yang mulia jadi bagus juga lah ada 100 orang mFacam brother tu. :) Okay, lepas tu gerak pula ke Bandar Enstek untuk tidur 2 malam ni sana.
Keesokan paginya seawal jam 0600 pagi selepas subuh, aku terus bersiap berbaju kurung sesimple yang mungkin. Then aku jenguk-jenguk kakak aku yang menyediakan nasi lemak pagi tu. Okay, aku siap tak da la awal sangat dekat-dekat pukul 0700 baru aku beriap dengan lengkap maklum la masing-masing berebut nak menyerika pakaian, berebut bilik mandi dan sebagainya. Everything nak berebut kan? Biasa laaa. Haha semua suka buat last minute baru lah thrill :D
Pada jam 0730 berikutnya, kami bergerak menuju ke Shah Alam melalui lebuh raya dengn menaiki kereta yang dipandu oleh abang. Dari Bandar Enstek ke Shah Alam ambil masa sejam je untuk sampai ke sana. Alhamdulillah, kami sampai di Mahkamah Shah Alam dengan selamatnya pada jam 0820. Sesi pentauliahan tersebut sepatutnya bermula pada jam 0900. Untuk pengetahuan, itu lah kali kedua aku ke mahkamah dalam usia aku 15 tahun ni. Okay la jugak. Rasa terharu, aku hanya memikirkan kawan-kawan aku yang susah tinggal kampung yang tidak pernah merasa menjejakkan kaki ke negeri lain tau ke tempat-tempat yang khas. So aku rasa sedikit bertuah kerana dapat menjejakkan kaki buat kali kedua ke mahkamah.
Di mahkamah bukan lah seperti kita berada di kedai makan dan sebagainya, ianya mempunyai adab dan peraturan yang tersendiri seperti yang anda tahu. Seriously, aku tunggu selama 2 jam! Perancangan awal pada jam 0900 tetapi it was postponed very late atas sebab hakim ada kes lain yang perlu diselesaikan. Jadi terpaksa la tunggu di dalam mahkamah dengan cara boring aku yang tersendiri. Haha. Memang tak dinafikan, ramai (lebih dari satu) lawyer-lawyer senior di situ. Mereka punya percakapan, phewww! Kencang oh!! Hahaha. Tapi aku suka la, diorang sesama lawyer bila bercakap mesti 100% speaking (English) punya la espesially India. Sumpah aku paham sikit-sikit ja, kalau dia bagi sirikata macam filem-filem english tu boleh la aku paham. Hahaha. :p okay I admit my weakness. Bila masuk di dalam mahkamah tu aku tak keluar dah duduk lah dalam tu sampai nak muntah. Sepanjang aku duduk dalam mahkamah tu apa yang aku buat ek? Haha jeng-jeng jegng. Aku asyik fikir pasal sekolah je :( sumpah aku risau. Aku takut aku tertinggal ilmu yang cikgu berikan. Okay dah penat fikir pasal sekolah aku dengar pulak lawyer-lawyer di dalam mahkamah tu berbual. Mereka berbual memang tak dengar suara orang lain dah. Ada seorang lawyer perempuan duduk di sebelah kerusi aku berbual dengan rakan sejawatnya mengenai drama Sofiyya yang ditanyangkan di TV3. Aku sebenarnya meminati juga drama tu (ketawa kecil) jadi aku mengambil peluang untuk dengar nasib lah mereka berbual dalam Bahasa Melayu, boleh jugak aku faham.
2 jam kemudian baru la majlis bermula, Ianya dilakukan dihadapan Y.A (yang arif) Dato' Suraya Binti Othman. Benda ni tak serius pun, so lawyer yang bercakap pun elok ja buat joke and gelak depan Y.A lagi tuhh. Y.A pun steady ja. Kelaazzz nyah! Kalau kes-kes lain mampus la nak berjenaka macam tu, mesti serious memanjang kann. Yang menerima pentaulihan adalah seramai lima orang, 2 melayu (dua orang lelaki, dan seorang perempuan), seorang cina dan seorang india. Selepas percakapan itu ini, maka tamat lah sudah pentauliahan tersebut. Okay, best jugalah pengalaman pertama aku di situ habis dalam jam 1130 macam tu, aku tak berapa ingat. Selepas tu ada sesi pengambaran suka suki di dalm bilik Y.A. lagi sekali aku nak cakap, Kelazzz nyah! Aku lah orang yang bertuah dapat masuk dalam bilik Y.A Datok' tuhh even just mengambil gambar je. Kau orang ada? Tak da kannn??? Haha.. Alhamdulillah aku bersyukur jugalah kepada Allah kerana abang aku berjaya menjadi seorang peguam. :)
Selesai sudah. (lawyer wajib berbaju hitam kah?)
Okay. Lepas tu ada lah sedikit jamuan makanan ringan yang disediakan. Makanan tu berbayar okay, just makan bihun sepinggan and 2,3 ketul kuih je RM55. Memang mantap!! Okay aku tak nak la mempertikaikan rezeki yang aku dapat just bersyukur je la.
Lepas makan singgah pula di Putrajaya untuk menikmati makan tengahari cantik lah, nasi ayam kat situ memang sedap (kedai makanan di hadapan SMK Putrajaya). Selepas beberapa minit, sampailah di bandar Enstek semula. Alhamdulillah.. Keesokan harinya baru aku bertolak semula ke rumah :)