Pages

Subscribe:
Welcome .. Hope you will enjoy with my blog . Don't forget to be my followers :)

Labels

Cuti (9) Interest (10) Menci (6) Merapu (13) Pengajaran (9) Pengawas Sekolah (7) People (7) Photos (23) School (27) sick (3)

23 August 2011

Whatss? Kena jadi MC?

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ini merupakan hari ke 23 Ramadhan. Bagi umat Islam yang telah erpuasa sehingga ke hari ini, bermacam dugaan dan cabaran yang dihadapi dengan lapar dan dahaganya. Diharapkan orang berpuasa ini akan diberkati oleh Allah.. Ameen :-)

Once you dah jadi pengawas, banyak perkara yang perlu dilakukan terutamanya membantu guru dan pihak sekolah dalam handle para pelajar. Apa yang cikgu suruh, kena buat dan yang paling penting pengawas yang terbaik haruslah menjadikan contoh dan teladan yang terbaik kepada rakan-rakan mereka.

Kenapa pengawas? Selain dari membentuk seseorang itu menjadi seorang pemimpin, pengawas juga merupakan pembantu guru,. Seperti yang kita lihat, pelajar lebih ramai daripada guru dan guru pun semestinyalah tak dapat nak handle semua pelajar, jadi pengawaslah orang kanan guru. Apa keistimewaannya? Keistimewaanya seperti yang dikatakan pengawas senior saya sebelum saya menjadi pengawas lagi, beliau berkata "guru mempercayai pengawas lebih daripada pelajar biasa yang lain." Tu ja kot yang saya rasa.

Dan kenapa saya bercerita mengenai pengawas? Jeng,jeng,jeng. Saya merasakan pagi tadi hanya bermimpi sahaja kot. Hari ini, saya datang kesekolah seperti biasa cuma lebih awal sedikit daripada selalu :-P then tiba-tiba ketua kumpulan 2 (pengawas) iaitu senior saya form 4 arahkan saya untuk jadi MC (master of ceremony) perhimpunan pada pagi itu. Then oh, okay.. FIrst saya ingat beliau bergurau then saya tanya kepada diri saya balik. Whaattssss? Serious ke? Okay mula-mula tu nervous juga. Macam-macam perkara yang membelenggu di dalam fikiran. Dah la first time nak bercakap di hadapan orang ramai. At last saya mengambil keputusan unruk membaca doa penerang hati bagi memudahkan saya bercakap dengan lancar.

Seperti biasalah, pelajar ini ketika orang yang berada di hadapan mereka bercakap/berucap, some of them ada yang menumpukan perhatian dan ada juga yang sebaliknya.
Alhamdulillah.. Semuanya berjalan dengan lancar perhimpunan pagi tu. Thank You Allah! Semoga apa yang saya lakukan mendatangkan manfaat untuk diri saya sendiri dan orang lain. Ameen :-)

0 voices: