Apabila orang tua mengeluarkan kata-kata, ia akan menjadi petua.
Aku pernah terbaca mengenai itu, akhirnya aku faham sekarang.
Walaupun peperiksaan sudah tamat, tidak bermakna aku tak perlu berusaha lagi untuk membaca buku, mengulagkaji dan sebagainya. Selagi kita masih hidup selagi itu kita harus berusaha.
Aku tertarik dengan kata-kata seorang guru di sekolah aku sekarang. Beliau berkata. "sekarang ni kita belum tahu bagaimana pencapaian kita jadi, perbanyakkanlah solat hajat dan amalan-amalan sunat. Itupun dikira sebagai satu usaha. Siapa lagi yang akan membantu kita selain Allah? Jadi perbanyakkan solat hajat dan sebagainya."
Aku diam seketika memikirkan kata-kata beliau, aku hanya mengangguk tanda setuju. :-)
Selama ini yang aku fikirkan selepas peperiksaan apa yang perlu aku lakukan hanyalah seronok dan enjoy. Rupanya penyataan aku selama ini salah. Sebaliknya aku harus memperbanyakkan amal ibadat aku kepada Allah, sesungguhnya Allah maha penyatur segala agenda.
Kalau kita tolong Allah, (memperbanyakkan ibadat) insyaAllah, Allah akan membantu kita.
Wallahualam..