Pages

Subscribe:
Welcome .. Hope you will enjoy with my blog . Don't forget to be my followers :)

Labels

Cuti (9) Interest (10) Menci (6) Merapu (13) Pengajaran (9) Pengawas Sekolah (7) People (7) Photos (23) School (27) sick (3)

19 May 2011

Jom Santai dan Jawab Quiz ni

Jom jawab soalan qiuz ni memandangkan saya pun sudah lama tidak menjawab soalan quiz. Terasa ingin menjawab pula..

At last permainan ni korang mesti rasa teruja dan tak sangka punya lah! Sebab 'keajaiban' permainan ini. Mudah sahaja caranya. Jawab soalan yang diberi. Akan tetapi dengan seikhlas hati. Ia bakal menceritakan siapa dirimu.... Hanya 3 minit diperlukan. Saya sudah main permainan ni dan halisnya.. Wow! Nak tahu apa? Jom jangan berlengah! Mulakan sekarang...
PERATURAN : Sediakan pen(tak kisah la pensil atau apa-apa pun boleh) dan kertas. Jika kamu menulis nama seseorang, pastikan individu tersebut benar-benar wujud. Gunakan gerak hati dan jawapan pertama kamu. Selalunya ia benar.
P/S : DILARANG MELIHAT JAWAPAN DI BAWAH DAHULU! ~Baru la best permainan ni~
  • Tulis nombor 1 hingga 11 dalam satu kolum (berurutan ke bawah @ vertical)
  • Di sebelah nombor 1 & 2, tuliskan dua nombor yang kamu suka. Nombor apa-apa sahaja.
  • Di sebelah nombor 3 & 7, tuliskan nama individu berlainan jantina dengan kamu. Jangan tulis nama yang sama. Gunakan gerak hati ya!! (Peringatan : 1 nombor 1 jawapan)
  • Di sebelah nombor 4,5 & 6, tuliskan nama sesiapa saja yang kamu sayangi. (Peringatan : 1 nombor 1 jawapan)
  • Tuliskan empat tajuk lagu di nombor 8,9,10 & 11. (Peringatan : 1 nombor 1 jawapan)

............................................................................................................................................

JAWAPAN
Nak tahu kaitan antara nombor dan jawapan yang kamu berikan? Apa lagi, semak di bawah:
1.Bilangan individu yang akan kamu beritahu tentang permainan ini
(Jawapan untuk nombor 2)
2.Nama individu di nombor 3 adalah si dia yang kamu cinta! Hehehe...
3.Nama individu di nombor 7 adalah si dia yang kamu tidak berapa suka tetapi masih boleh dipertimbangkan. Wooo!!!
4.Kamu paling prihatin dan ambil berat terhadap individu di nombor 4.
5.Individu di nombor 5 adalah si dia yang amat memahami diri kamu.
6.Si dia yang kamu namakan di nombor 6 adalah pembawa tuah kamu
7.Tajuk lagu di nombor 8 adalah untuk individu di nombor 3.
8.Tajuk lagu di nombor 9 adalah untuk individu di nombor 7.
9.Jawapan nombor 10 adalah lagu yang menceritakan mengenai tentang pemikiran dan pandangan kamu.
10.Lagu untuk nombor 11 adalah lagu yang menceritakan mengenai apa yang kamu rasakan tentang kehidupan ini.
Jadi macam mana? Terkejut? Kagum atau takut? Jangan bimbang, ia sekadar permainan dan secara kebetulan . Yang penting kamu ikhlas memberi jawapan.

0 voices: