Pages

Subscribe:
Welcome .. Hope you will enjoy with my blog . Don't forget to be my followers :)

Labels

Cuti (9) Interest (10) Menci (6) Merapu (13) Pengajaran (9) Pengawas Sekolah (7) People (7) Photos (23) School (27) sick (3)

14 April 2012

Kubur Menjadi Sempit

Kisah benar kejadian baru-baru ni di Kedah.

Lelaki dalam lingkungan 20-an mati akibat pengambilan dadah yang melebihi had.

Kemudian dikejarkan ke hospital yang berdekatan.

Suntikan air tidak dapat masuk ke dalam badan. Ini sebenarnya adalah satu petanda bahawa ajal seseorang itu semakin hampir.

Tidak lama kemudian, si lelaki ini akhirnya pergi meninggalkan dunia yang sementara ini.

Berdasarkan cerita, abang kepada cikgu saya ini memberitahu kepada beliau bahawa apabila ingin menggali kubur tersebut, buat pertama kali kubur tu terasa susah untuk digali. Tanah menjadi keras.

Kemudian sebelum sempat kubur digali dengan sempurna, kubur tersebut secara tiba-tiba jadi semakin menghimpit.

Subhanallah... Sungguh menakjubkan.

Pengkebumian diteruskan di tempat lain.

Itu sebenarnya kuasa yang Allah mahu tunjukkan di dunia ni. Belum lagi di dalam kubur. Tulang rusuk kita dipertemukan antara satu sama lain dan dihimpit oleh kubur.

Pengajaran : Dalam kehidupan ini, kita hendaklah sentiasa melakukan kebaikan agar hidup kita sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T.

Terutamanya kelakuan kita terhadap ibu bapa. Jangan sesekali menderhakai ibu bapa kerana itu adalah diantara dosa besar yang mengakibatkan kita sengsara di akhirat kelak.'

Dosa kepada Allah mungkin Allah akan makbulkan dengan melakukan taubat nasuha, tetapi dosa kepada manusia kita sendiri harus meminta maaf kepada seseorang itu.

Okay, copy paste daripada Cikgu Fatimah. Apa yang saya ingat je la saya paste kat sini :p