Ingat tak post sebelum ni saya cakap nak pergi Kuala Lumpur kan .
Ha , ni semalam saya bertolak pukul 7 pagi dari rumah ke Kerinchi . Sampai di Kerinhci tu tepat jam 10 pagi di kawasan Plaza Pantai . Sepanjang di lebuh raya tu kami singgah sekejap di R&R Ulu Bernam nak sarapan pagi , saya pun mulanya tak tahu nak makan apa pagi tu lepas itu ternampak pulak kotiaw kat satu kedai di R&R tu . Nampak macam lain je kotiawnye , hitam pekat sehh emm tak tahu nak makan apa lagi , saya pilih lah kotiaw . Orang plus tu pun cedokkan kotiaw lepastu ayah pulak cakap dari belakang "tak payah , air tak ada kat kawasan ni .. Kita makan di tempat lain" Kami pun belah . Nasib baik tak ambil kotiaw tu tadi .. Orang tu pun macam marah je . Saya nampak dia buat muka macam marah je :p yala , dia dah cedokkan . Tapi nak buat macam mana , lagi pun kotiaw tu semalam punya kot . Tak fresh , lain macam je . Lagi pun air memang tak ada di kawasan tu so kita pun macam risau la bersih ke tak bersih .
Then berapa kilometer kemudian singgah pula di R&R Sungai Buloh makan di situ .
Boleh la sekadar untuk lapis perut . Makanan di situ tak ada lah sedap sangat lagi pun saya tak kisah , asalkan kenyang :D saya ambil kotiaw juga sebagai sarapan di R&R Sungai Buloh tu . Selepas makan kami meneruskan perjalanan . Kemudian sampai lah di Plaza Pantai tu .Kalau nak tau Plaza Pantai di mana carilah di Google :-) Saya di situ lama juga lebih kurang 1 jam setengah di Plaza Pantai tu , belajar pasal bisnes bersama Dr. Idrus dan Wan Anuar . Sebenarnya ikut parents je belajar ni sementara menunggu abang saya dari Gombak sampai untuk ambil saya bawa meronda-ronda di K.L Sentral . Mula-mula mau ke Pasar Seni , tapi abang memilih keputusan untuk memilih destinasi ke K.L Sentral sambil dipersetujui oleh saya . Hehehe ..
Lama juga la tunggu abang sampai . Yelah , naik LRT kann kalau naik kereta teruk juga , sesak sana sini . Kemudian kami [abang dan saya] bertolak dari Kerinchi ke K.L Sentral naik LRT je . Parents masih di Plaza Pantai .
K.L Sentral
Sampai di sana terus ke KFC jap makan kat sana , lama jugak la nak habiskan ayam KFC tu :p kendian mula-mula nak beli facial wash di Guardian tapi tak jumpa yang selalu saya pakai tu . Jadi jalan-jalan maka terjumpa la kedai biskut Famous Amos yang digemari oleh setiap lapisan masyarakat .
Beli 100 gram pasti mahukan 1 Kilogram pula . [ape saya ckp ni :p] (pihak Famous Amos , sila bagi komersial pada saya ye sebab tolong promote kan you punya barang) . Okay abang belanja Famous Amos ni . Kemudian jalan-jalan around K.L Sentral tu . Lepas tu abang pula nak beli sendel , so saya ikut lah . Dekat sejam kot dia pilih sendel baru la dapat . Tokeh kedai kasut tu pun buat muka bila nak bayar , macam marah je . Biasa lah , cina .. Then saya complain pada abang saya "apalah orang macam tu" abang cakap , "pemalas tu , tak nak buat kerja . Biarlah". Okay-okay dalam 2 jam kami berjalan , akhirnya balik ke Kerinchi semula menaiki LRT . Solat di Plaza pantai tu , kemudian balik lah . Sebelum pulang ke rumah tu abang bawa makan di kawasan tempat dia di Gombak Setia alang-alang nak hantar dia sekali di situ . Lauk di kedai tu semua ikan kembung . Wa ... Ok la tu . Finally ayah drive kereta balik rumah . Jam 6 petang sampai la di rumah . Penat dah time ni , lepas tu kawan parents pulak datang elok kami sampai je kat rumah . Mengeluh la jugak dalam hati "penatnyee :p" yalah , nak kene layan tetamu lagi dengan mengantuknya . Saudara saya pun datang juga dari Kedah dan Ipoh tinggal di sini beberapa hari :-)
p/s : esok awal muharam , jangan lupa baca doa awal dan akhir tahun ! :-)
5 voices:
jalan2..huhu...tak kan g K.L sentral je..
p/s: Terima Kasih kerana sudi memberi komen di blog saya..Sebagai balasan saya membuat kunjungan balas ini ke blog anda..=)
****KLIK ENTRI TERKINI DISINI****
wow
seronok lah berjalan2
famos amos kalau 1kg dah brapa RM kena ekk?
mahal tu
P/S : Review Filem : Aku Tak Bodoh Memang Tak Bodoh! Love F.A.M.I.L.Y!
P/S : Cek Nuffnang Dah Sampai..Yehaa!
Faiz
Kesuntukan masa .
Hans
1kg tak tau lah pulak berapa harga ;p
tp kalau 100gm RM15 . Memang mahal , tp sedap
salam maal hijrah semoga hidup awak lebih ceria
Terima kasih , selamat tahun baru :-)
Post a Comment