Pages

Subscribe:
Welcome .. Hope you will enjoy with my blog . Don't forget to be my followers :)

Labels

Cuti (9) Interest (10) Menci (6) Merapu (13) Pengajaran (9) Pengawas Sekolah (7) People (7) Photos (23) School (27) sick (3)

30 January 2011

Kebetulan nama dia sama

Salam semua .. Saya lihat ramai yang update status mengenai cuaca hujan sekarang ni di laman Facebook . Ye , sekarang ni musim hujan sebab nak Tahun Baru Cina kot ;p . Kain jemuran pun susah nak kering . Okay la cuti raya cina ni saya tak ada plan apa-apa pun even cuti seminggu semuanya gara-gara dibebani dengan homework yang banyak . Jadi terpaksa lah duduk rumah dan siapkan homowork yang banyak tu . *sigh .. Oh ya , tadi saya sedang membaca novel english The Prisoner of Zenda . Sumpah best ! Tiba-tiba ada seseorang hantar sms pada saya yang membuatkan saya ingin menge-post blog ni . Saya tak tahu siapa dia dan dari mana dia dapat nombor saya . Kebetulan nama sama .

Stranger : Salam dayah .. Mintak tolong sikit leh tak ? Saya : Siapakah ? [lupa nak jawab salam ;p] Stranger : Kalo tak bagi tau nama leh tak ? Malu la nak cakap . Nak mintak tolong sikitttt je.. Tu pun kalau boleh la . Saya : Tak bagi tahu macam mana saya nak tolong sebab saya tak tahu siapa anda . Stranger : Ok .. Saya budak hybrid .. Saya nak minta tolong sebab saya dah lama nak hello amoi tu . Tapi rasa segan gila la .. Boleh ke tolong ?? Saya : Hybrid, tempat kerja, amoi ? Apakah ? Salah nombor kot . Stranger : Ni dayah top2 ek ..?? [saya pun tak tahu top2 tu apa sebenarnya] Saya : Ha ?? Eh.. Bukan, bukan . Stranger : Oo yeke . Sorry, sorry .. Jangan marah ek .. Awak sekolah kat mana ? Teluk Intan ke ? Saya : mana dapat nombor phone saya ?

Terus senyap . Hmm niat awal tadi memang nak tolong tapi dia tak nak bagi kerjasama kan . Apa-apa pun terima kasih kepada yang menghantar sms pada saya kerana membuatkan saya untuk meng-update-kan blog ni . By the way , saya sudah tahu siapa anda . Terima kasih kerana menyamar :)

Okay lah , saya nak sambung baca novel .. Nanti lewat-lewat mengantuk pula . Bye :)

0 voices: