31 January 2011
Malaysia Ban Facebook & kawal media internet ?
Adakah negara kita ingin menuju ke arah ketuanan komunis? Kalau kata kerajaan nak gubal undang-undang baru seperti mengawal kebebasan media di Internet, bukan sesuatu yang sukar. Kerajaan yanga memerlukan simple majoriti untuk melaksanakan undang-undang seperti ini di Malaysia. Tiada apa yang mustahilnya di Malaysia. Anda bersetuju jikalau media-media di Internet dikawal dan “dipaksa” mengikut telunjuk orang-orang atasan?
Dilaporkan di Cairo, Mesir ketika ini sedang kecoh di mana underground network ditambah dengan social media seperti Twitter mahupun Facebook sedang merangka pemberontakan di sana. Anak Hosni Mubarak yang dikatakan bakal menjadi Presiden Mesir, dikhabarkan telah lari ke kota London. Entah apa yang yang ditakutkan sangat, tak tahulah. Adakah beliau ada buat silap kepada rakyat Mesir ? Hosni Mubarak sudah terlalu lama memegang tampuk pemerintahan di Mesir. Dan dikhabarkan selepas rejim Ben Ali “runtuh” baru-baru ini, kerajaan seterusnya yang dijangka tumbang adalah rejim Hosni Mubarak, akibat daripada kebangkitan dan kesedaran rakyat di sana.
Walaubagaimanapun, tak semudah itu untuk menjatuhkan kerajaan Hosni Mubarak, sebab beliau pun boleh tahan kejamnya. Kalau setakat pelajar Mesir yang pernah dimasukkan ke penjara bawah tanah , sudah menjadi perkara biasa, apatah lagi rakyat Mesir yang dilaporkan hilang tanpa berita. Tambahan pula, Mesir terang-terang berkerjasama dengan Amerika untuk hancurkan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza. Pastinya Israel juga takkkan semudah itu membiarkan sekutu rapatnya tumbang begitu sahaja.
Walaubagaimanapun sejarah sudah membuktikan yang mana pemerintah yang zalim dan diktator cara mana sekalipun, kuasa rakyat yang bersatu tetap mampu menumbangkannya. Contohnya, Marcos, Suharto dan Shah Iran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 voices:
Post a Comment