Pages

Subscribe:
Welcome .. Hope you will enjoy with my blog . Don't forget to be my followers :)

Labels

Cuti (9) Interest (10) Menci (6) Merapu (13) Pengajaran (9) Pengawas Sekolah (7) People (7) Photos (23) School (27) sick (3)

05 July 2012

Dapat $$ :D

Assalamualaikum.

Kali ini saya nak post mengenai pengawas. Dah lama saya tidak sentuh mengenainya.
Hari ini, semua pengawas tingkatan 4 dipanggil bermesyuarat di bilik pengawas, berhampiran pejabat sekolah.

Pertama-tama kalinya, mesyuarat tersebut adalah mengenai pertantikan exco-exco pengawas memandangkat tingkatan 5 akan menamatkan tugasnya tidak berapa lama lagi kerana akan menduduki peperiksaan SPM, jadi tingkatan 4 ini lah yang akan mengambil alih tugas mereka..

Pada awal tahun saya diberikan amanah untuk dilantik sebagai penolong bendahari pengawas sekolah dan exco tangga / kelas.  Kalau nak cerita mengenai penolong bandahari ni boleh dikatakan kerja tak ada lah teruk sangat sebab most of the payment dikutip oleh bendahari. Kiranya saya ni goyang kaki sahaja la. Haha

Tapi, memandangkan form 5 akan menamatkan tugas, kali ini saya sudah merasai beban yang akan saya alami. Ambik mung !
                                                   

Tugas bendahari ni kira ringan sedikit tugasnya berbanding dengan setiausaha yang kena sediakan minit-minit mesyuarat dan sebagainya. Boleh dikatakan kena berkepit dengan komputer 24 jam untuk berfacebook  menaip. Tugas saya spesifik untuk mengumpul dan menyimpan duit sahaja.


Walaupun hanya mengumpul dan menyimpan duit tetapi ada juga kesukaran disebaliknya. Well, bukan senang nak harapkan orang lain datang kepada kita dan bayar dengan kadar yang mencukupi pada waktunya. Jadi, bendahari lah bertanggungjawab mengutip wang daripada pelajar. Sumpah saya cakap. Tak senang ! 

Kenapa? Sebab kena berjalan satu sekolah, ketuk pintu, masuk ke satu kelas ke satu kelas yang lain. Kadang-kadang masa saya pun bukannya selalu free. Kebiasaanyya jika terdapat waktu-waktu seperti Pendidikan Sivik, Pendidikan Jasmani dan kalau ada guru yang tak datang baru lah saya ada peluang nak pergi mencari. Dah cari satu hal lepas tu tak semuanya yang akan bayar pada waktu tu. Alasan yang selalu saya dengar "alah, lupa lah. Esok ye !" ha tu dia.. Senang sungguh hang pa bagi jawapan. Tapi nak buat macam mana, redha sahajalah. 

Last but not least, saya harap saya dapat menjalankan amanah yang diberi oleh guru dan rakan-rakan.. InsyaAllah !


Next time lah saya cerita mengenai exco tangga / banggunan. Tunggu ya !