Alhamdulillah ..
Gembira sungguh hari ini . Nak tau tak kenapa ? Hari ini merupakan hari pertama cuti persekolahan yang akan berlangsung selama 1 bulan setengah .. Emm lama tu kan . Sebenarnya saya berfikir "apa agaknya ya saya akan lakukan sepanjang cuti sekolah ini ? Kalau boleh saya tidak mahu menghabiskan waktu cuti saya dengan hanya menghadirkan diri / online di Facebook yang hanya melalaikan saya dengan keduniaan".
Nak tahu x kenapa ?Bagi saya , pepriksaan PMR adalah 1 beban / tekanan yang akan harus saya alami atas usaha keras / sesuatu perkara yang telah kita pelajari ketika kita berada di sekolah . Ramai yang akan bertanya terutamanya rakan-rakan ibu bapa , keluarga serta rakan2 yang sebaya dengan kita mengenai keputusan yang kita peroleh selepas apa yang kita belajar di sekolah selama ini . Di mana seorang yang rajin / berusaha serta bertawakal akan mendapat keputusan yang cemerlang dan juga sebaliknya . Memandangkan ibu saya hanya mendiamkan diri apabila saya mahu ke tuisyen saya hanya akui .. Mungkin ibu saya terlalu sibuk , tiada masa untuk menghantar saya ke tuisyen nanti .
Oh ya ! Bergantung pada keputusan saya yang tidak bagus dengan pointer hanya 2.50 pada Peperiksaan Akhir Tahun maka saya kekal di kelas yang sama pada tahun hadapan . Tidak apalah , saya berharap saya akan dapat guru yang terbaik mengajar di kelas saya pada tahun hadapan agar saya dapat menumpukan sepenuh perhatian pada pembelajaran . Kawan-kawan kalau ada aktiviti yang menarik jangan segan-segan berkongsi di Facebook . Bagi calon SPM saya ucapkan semoga berjaya .. Hancurkan SPM di tangan mu seperti hancurkan kuih semperit [eh , apa saya cakap ni]hHehe . Saya rasa sampai disini dalulu , saya berharap saya akan dapat memanfaatkan cuti sekolah pada tahun ini dengan sebaik mungkin .