Sebenarnya surat ini lambat sampai , nasib baik lah cikgu sudah inform awal pasal uniform sekolah wajib beli di sekolah pada 9 Disember . Lambat 3 hari kot . Tak tahu kenapa . Apa-apa pun terima kasih kepada guru-guru yang membantu serta rakan-rakan yang memberikan sokongan . Juga kepada cikgu Asror kerana sudi menandatangani surat pelantikan tersebut sabagai pengesahan . Tidak di lupa kepada ibu dan ayah sebab membenarkan saya untuk menjadi pengawas sekolah . Kepada kakak kerani , thank you sebab tolong tampalkan setem 60 sen dan postkan surat . Tidak dilupa abang posman yang tolong hantarkan surat hingga ke rumah . Maka tertera lah surat daripada pihak sekolah kepada Ahmad Bin ... Ia itu ayah saya . Terima kasih tidak terhingga !! Saya tidak akan menghampakan harapan guru-guru ,ibu bapa dan rakan-rakan . Saya akan buat yang terbaik insyaAllah .
So , saya berharap saya dapat menjalankan tugas yang diamanahkan oleh mereka [guru-guru , rakan-rakan dan juga ibu bapa saya] untuk kebaikan pada masa hadapan supaya menjadikan saya sebagai seorang yang lebih berdisiplin disamping cemerlang dari segi akedemik dan kokurikulum untuk menjadi pelajar contoh kepada pelajar lain supaya generasi sekolah saya akan datang lebih bertanggungjawab dan berwibawa. [ayat meor ni] tidak dilupa juga kepada senior saya Meor Amir Muhsin terima kasih sebab banyak membantu . Saya mendoakan agar keputusan SPM beliau cemerlang . Amin~ Maaf lah tak dapat post panjang . Petang esok saya akan bertolak ke Sepang .
Ya Allah , jadikanlah hamba seorang yang bertanggungjawab serta memegang amat yang diberikan oleh guru-guru dan ibu bapa . Jauhilah hamba dari perkara-perkara yang melalaikan . Sesungguhnya hamba bersyukur atas segala nikmat yang telah Engkau berikan.