Pages

Subscribe:
Welcome .. Hope you will enjoy with my blog . Don't forget to be my followers :)

Labels

Cuti (9) Interest (10) Menci (6) Merapu (13) Pengajaran (9) Pengawas Sekolah (7) People (7) Photos (23) School (27) sick (3)

20 May 2011

Oh Satu Sen Dimana Dikau?

Kenapa dengan satu sen sampai beria-ia kamu nak cari balik?
Pagi tadi semasa dalam perjalanan ke sekolah my dad on radio RTM memang time saya pergi sekolah je waktu berita disiarkan. Berita yang saya dengar sendiri adalah mengenai wang satu sen akan digunakan semula -cadangan TPM-

Menurut berita yang saya dengar pagi tadi kerajaan bercadang melaksanakan semula penggunaan syiling satu sen supaya ia dapat membantu mengatasi beban rakyat yang menghadapi kenaikan harga barang. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cadangan tersebut akan dibangkitkan dalam satu mesyuarat yang akan dipengerusikan beliau tidak lama lagi. Menurutnya, langkah tersebut untuk membendung kenaikan harga yang tinggi disebabkan kaitan dengan nilai satu sen yang tidak digunakan lagi sejak 2008. "Misalnya, jika harga ditetapkan RM1.71, ia ditambah sebanyak empat sen untuk menjadikannya RM1.75 sen. Perkara ni sudah pasti dan tentu sekali lah memberi keuntungan kepada peniaga tetapi membebankan rakyat. Pada April 2008, syiling satu sen tidak digunakan lagi untuk pembayaran di kaunter, sebaliknya semua bayaran bil digenapkan melalui mekanisme penggenapan kepada lima sen terdekat. Menerusi mekanisme itu, jumlah keseluruhan bil berakhir dengan satu, dua, enam dan tujuh akan diturunkan kepada lima sen terdekat manakala bil berakhir dengan tiga, empat, lapan dan sembilan dinaikkan kepada lima sen terdekat. Bagaimanapun, kata Timbalan Perdana Menteri, keputusan untuk menggunakan semula syiling satu sen bergantung kepada Bank Negara Malaysia sama ada ia boleh dilaksanakan atau sebaliknya.

Ha.. Cerita pasal syiling satu sen ni teingat pula masa my mum kumpul duit satu sen banyak-banyak. Saya tanya pula "kenapa kumpul satu sen? Bukannya laku pun, nak beli gula-gula pun tak lepas". My mum told "duit syiling satu sen ni boleh digunakan untuk bayar duit telefon rumah."

Then teringat pula pesanan cikgu Kamarulzaman selaku guru Muzik saya dari tingkatan 1-3 menurut beliau kalau tak ada satu sen tak adalah nilai RM100.00. Katakanlah duit kamu ada RM99.99 boleh tak ia disebut RM100.00? Mustahil bukan.. So, satu sen pun bernilai sebenarnya.. Jom ikut saya cari gali balik duit syiling satu sen.

Apa pun harap-harap jadi la cadangan ni.

0 voices: