Pages

Subscribe:
Welcome .. Hope you will enjoy with my blog . Don't forget to be my followers :)

Labels

Cuti (9) Interest (10) Menci (6) Merapu (13) Pengajaran (9) Pengawas Sekolah (7) People (7) Photos (23) School (27) sick (3)

03 October 2011

Seribu Kemaafan dan Terima Kasih!



Sayu apabila bersalaman dengan guru-guru.
Before tu aku nak share sikit pengalaman aku pagi tadi semasa jaga lagu negaraku yang dimainkan semasa perhimpunan. Itulah buat kali pertamanya aku ditugaskan sedemikian. Gelabah habis dop tau hok cito gimano. Ececeyy. Tugas menjaga lagu ni tak susah mana pun tapi bila kali pertama tu biasalah macam budak baru lahir, tak tahu apa-apa. Aku dan senior form 4 yang jaga lagu tu di pejabat dan get ready untuk dipasangkan apabila terima 'greenlight' daripada MC. Sebelum ni ada juga pengawas senior yang cekap bab jaga lagu ni. Tapi pagi tadi tak ada sapa pulak nak jaga. Grrr....
Okay, first of all, senior aku tu pun dia baru first time jaga port lagu tu. Dia pun dua kali lima juga macam aku. Tak reti nak play lagu, entah di mana-mana suisnya. Mula-mula aku punyalah bijak tak switch on speaker tu then kena tegur dengan cikgu. Malu tak malu, terimalah hakikat yang kau memang tak tahu =.=
Dua tiga kali lagu eror! Okay, sabar lagi time tu even ada cikgu dan staff yang lihat. Terpaksa lah tebalkan muka. At last, baru boleh play itu pun cikgu yang bantu. Alhamdulillah.. Sebelum ini berlaku juga keadaan seperti ini (lagu tak boleh play, tersekat-sekat dan sebagainya) dan sering ditegur oleh guru-guru.

Okay, pengajaran yang aku dapat dari story diatas, belajar dari kesilapan dan jangan malu apabila ditegur. Kita cuma manusia biasa yang sering melakukan kesilapan tapi yang penting elakkan dari melakukan kesalahan yang sama. InsyaAllah kalau aku diberi peluang untuk jaga port lagu aku akan perbaiki kelemahan aku ;-)
Back from the top, harini sudah 3 Oktober 2011 which mean esoknya aku akan bertempur dengan PMR. Harini diadakan majlis ilmuku restumu, lebih kurang macam tu la. Aku pun tak berapa nak ingat. Daiadakan serentak dengan perhimpunan pagi. Tujuannya adalah untuk pelajar PMR memohon restu kepada guru setelah penat lelah belajar. Ianya bukanlah majlis apa pun cuma majlis bersalam-salaman dengan guru-guru sahaja. Orang pertama yang aka salam adalah cikgu Chua Ka Lee iaitu guru kelas aku untuk tahun ini. Beliau kata tangan aku sejuk :-) mungkin aku rasa gemuruh semasa naik ke pentas tadi.

(gemuruh, tangan sejuk, menggeletar itu memang sifat normal aku haha) then aku bersalam dengan cikgu yang mengajar aku sewaktu tingkatan 1. Beliau kata begini "buat betul-betul hidayah, buat sungguh-sungguh, baca soalan betul-betul" aku hanya mampu mengangguk tanda ia. Aku sebak waktu tu. Tibalah orang terakhir yang aku salam, cikgu yang mengajar kelas aku sekarang. "Mesti A!!" beliau berkata perkataan yang sama berulang-ulang kali sambil menggoncang tangan aku. (Betulkah ayat menggoncang aku tu? Sori BM aku low sedikit :-P) Lagi sekali, aku sebak. Tiba di barisan kelas masing-masing setelah bersalaman, secara tidak sengaja air mata aku hampir mangalir ke pipi tapi aku tahan, aku fikir, tak tough la menangis ni!! Haha..
Akhir sekali apa yang ingin aku katakan, aku mendoakan kesejahteraan dan kebahagian cikgu yang telah banyak berjasa kepada aku. Kalau lah tak ada cikgu, fuh aku tak boleh bayangkan.
Okay selesai tu, semua pelajar masuk ke kelas masing-masing.