Pages

Subscribe:
Welcome .. Hope you will enjoy with my blog . Don't forget to be my followers :)

Labels

Cuti (9) Interest (10) Menci (6) Merapu (13) Pengajaran (9) Pengawas Sekolah (7) People (7) Photos (23) School (27) sick (3)

22 March 2012

Kejohanan MSSD 2012

Yeah, wa baru balik dari Stadium Sabak Bernam, Selangor selama tiga hari berturut-turut sempena kejohanan MSSD Hilir Perak. Ulang-alik dari sekolah ke Sabak Bernam dekat je dalam 45 minit. Sekolah wa jadi tuan rumah (kedaun) tahun ni tapi dilakukan di negeri orang (Sabak Bernam).

Wa ditugaskan untuk menjadi perngiring hadiah. Kirannya hatar hadiah la bersama dua orang sahabat yang lain Azira dan Syamimi. Pengalaman ni bukan senang nak dapat, seronok! Dapat tengok atlit lari, rejam lembing, lompat jauh dan sebagainya.

Macam-macam gaya ada. Ada yang lari sepantas kilat dan ada yang berlari macam kura-kura (ketinggalan di belakang). Haha..

Best memang best tapi cuaca kat Malaysia ni faham-faham lah kan. Bila tiba waktu tengahari terasa panasnya, walaupun wa duduk bawah teduh tapi bahang panas tu masih terasa. Jenuh mengipas (lipas) wehh! Sehari suntuk wa di stadium tu. Sampai rumah dalam pukul 7. Lepas solat isya' wa terus memengsankan diri.

Setelah 3 hari berlalu, baru wa perasan kulit wa macam ayam panggang! Mak aih, tak sangka.. Haha.. Tak apa la, asalkan wa dapat pengalaman yang bermakna.

Johan keseluruhan bagi Daerah Hilir Perak dimenangi oleh SMK Dato' Sagor dengan 20 emas tak silap. Cayalah!

Sekolah wa dapat tempat ke-5. Hebat gak ! Dengan 6 emas. Ada seorang pelajar dapat memecah rekod untuk acara baling tukul besi lagi tu. Tahniah.. Wa bangga! (^,~)