Pages

Subscribe:
Welcome .. Hope you will enjoy with my blog . Don't forget to be my followers :)

Labels

Cuti (9) Interest (10) Menci (6) Merapu (13) Pengajaran (9) Pengawas Sekolah (7) People (7) Photos (23) School (27) sick (3)

27 July 2012

Exco tangga dan bangunan

*maaf penggunaan kata 'aku' kepada yang lebih berusia.


Teruknya beban yang saya alami sekarang ni. Asyik kena push je.


Tension sungguh duduk kelas pandai (kononnye) salah sikit je kena tegur.  Mungkin sebelum ni saya tak sedar apa kesalahan saya, bagus lah sebab ada yang sudi menegur. Maknanya mereka ambil berat pasal saya. Ceh, perasan :-p

Saya ada cerita mengenai mesyuarat pengawas sebelum ni. Boleh klik di sini . Saya memegang jawatan exco tangga dan kelas bersama partner saya lagi sorang.  Saya  tak ada masalah dengan partner  saya  bila menjalankan tugas, dia okay dan kami selalu menjalankan tugas sama-sama. Tugas sebagai exco tangga dan kelas ni sebenarnya perlu memastikan pengawas bertugas mengikut jadual yang ditugaskan dan khususnya di tangga bangunan dan kelas. Sebenrnya tempat-tempat lain pun ada exconya juga seperti kantin, pagar sekolah, dan perhimpunan dan setiap exco dibekalkan buku bertugas dan bertanggungjawab untuk mencari pengawas yang bertugas menjalankan tugas mengikut jadual dan menandatangani dalam buku tersebut. Setiap pagi  saya  perlu datang awal kesekolah bagi memastikan pengawas yang sepatutnya bertugas menjalankan tugas masing-masing.   


Bukan mudah seperti yang disangka.. Pagi tadi seorang pengawas percubaan mengeluh kepada  saya  "susah jugak ek jadi pengawas ni." Ya,  memeng susah.  saya  (dan partner) kena pergi mencari sorang-sorang dari aras bawah sampai ke atas. Berpeluh wehh !! Lepas memastikan pengawas bertugas,  saya  kena mintak tanda tangan diorang lepas tu kena hantar balik buku bertugas tu ke guru pengawas. Saya ingat lagi waktu mula-mula  saya  menjalankan tugas sebagai exco, kena tegur woooo...  Cikgu tanya, "kenapa ada ruang kosong yang tidak bertandatangan ni? Tak hadir ke semuanya? " lepas tu  saya  dengan rasa bersalah menjawab "yang ruangan kosong tu ada yang tak tahu mereka bertugas" lepas tu cikgu balas balik " ha, yang tak tahu tu tugas kamu la kena pergi bagi tahu mereka."  saya  dengan muka bersalah mengangguk dan terus blah. haha.. Well, mula-mula bertugas kan biasa la tu :-p

Tapi tidak mengapa,  saya  memnganggap perkara ni sebagai satu cabaran. Kalau tak biasa dari sekarang, nanti dah menempuh alam luar  kekok pulak.  Kesimpulannya, sebagai seorang pelajar saya tak lari dari  kena marahtegur, dan nasihat.