Pages

Subscribe:
Welcome .. Hope you will enjoy with my blog . Don't forget to be my followers :)

Labels

Cuti (9) Interest (10) Menci (6) Merapu (13) Pengajaran (9) Pengawas Sekolah (7) People (7) Photos (23) School (27) sick (3)

24 January 2011

Malaysia dikritik!

'Malaysia cantik, tapi kotor'

Hah , itu dia . Malaysia dikritik oleh pelancong asing yang berkunjung baru-baru ini. Sila baca selanjutnya..

LABIS: Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, berkata majoriti pelancong asing ke negara ini mengakui Malaysia sebuah negara yang cantik, namun mempunyai masalah dari segi kebersihan.

Beliau berkata, antara aspek kebersihan yang sering dibangkitkan pelawat membabitkan gerai makan, longkang dan tandas.

Bercakap kepada pemberita di sini, Yen Yen berkata aspek kebersihan itu akan kekal menjadi masalah jika rakyat negara ini tidak menjadikannya amalan kehidupan.

“Kementerian Pelancongan mengambil kira aduan yang ditimbulkan pelancong. Jadi, kita perlu mengambil kira aspek kebersihan ini,” katanya selepas melancarkan program ‘1Malaysia Green, 1Malaysia Clean peringkat daerah Segamat di Pusat Rekreasi Kolam Air Panas, semalam. Mengenai pusat rekreasi itu, Yen Yen berkata, kajian untuk menambah baik kawasan berkenaan akan dilakukan bagi menarik perhatian pengunjung, terutama rakyat Singapura. “Sebanyak RM2 juta diperuntukkan menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan bagi menaik taraf kolam ini. Antara perkara yang akan dikaji adalah caj bayaran masuk dikenakan kepada pengunjung tempatan dan luar. Saya juga ada menerima cadangan supaya air panas di kolam ini dapat dialirkan," katanya. Mengulas mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Yen Yen yang juga Naib Presiden MCA berkata, parti itu akan menggunakan semangat ketika berkempen pada pilihan raya kecil DUN Galas bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional. "Kita akan menggerakkan semua jentera yang ada sepanjang tempoh berkempen. Kita gunakan semangat `Galas’," katanya. Berdasarkan kunjungannya ke kawasan DUN Tenang semalam, beliau yakin pengundi kawasan itu tidak mudah terpedaya dengan isu negatif yang ditimbulkan pembangkang termasuk berkaitan kenaikan harga barangan. “Kalau mengenai harga naik, itu adalah masalah global," katanya. – BERNAMA

My comment : Setuju sangat dengan mereka tu . Malaysia cantik tapi ada pula sebilangan masyarakat kita yang mengabaikan aspek kebersihan. Yang paling saya sakit hati, buang sampah merata-rata. Lepas guna , ha nah .. Buang di situ je. Isk... Tandas pula bila dah guna tak reti nak flash.. Hmm

2 voices:

hans said...

hakikatnya memang betul pun
senang cakap tgok tandas jer lah
itu dah menjawab segala persoalan kebersihan rakyat Malaysia

Vote Hans Bernombor 10 Diruangan Komen

Hidayah Ahmad said...

Hans : Setuju ..