Pages

Subscribe:
Welcome .. Hope you will enjoy with my blog . Don't forget to be my followers :)

Labels

Cuti (9) Interest (10) Menci (6) Merapu (13) Pengajaran (9) Pengawas Sekolah (7) People (7) Photos (23) School (27) sick (3)

13 August 2012

Makcik yang garang

Pagi tadi saya datang ke sekolah cukup awal lah berbanding dengan hari yang sebelum ni sebab nak kena ambil buku bertugas pengawas, nak tulis nama yang bertugas lagi. Kalau tak ada sebab, tak adanya nak datang awal-awal melengut sorang-sorang di tapak perhimpunan tu :p

Okay back to the point, kalau cerita panjang-panjang sangat jadi karangan bahasa melayu yang tak berapa nak cemerlang.. 

Pagi-pagi lagi saya seorang diri (ala rasulullah pun sering bersendirian hape)  berjalan ke tandas nak basuh tangan lah kononnye.. Depan saya tu ada seorang mak cik cleaner (ah saya tak tahu istilah lain) berjalan ada lah gaya macam FBI dalam cerita CSI tu.. Toilet perempuan bersebelahan dengan bilik persalinan perempuan. Bilik persalinan tu kebiasaanyya digunakan selepas atau sebelum waktu pendidikan jasmani dan kesihatan. Tak ke pelik bulan puasa ni lampu bilik persalinan terbukak awal-awal pagi. Selepas itu, keluar sekumpulan geng-geng India dari bilik persalinan itu. Saya pun tak tau apa yang mereka buat dalam bilik pesalinan itu beramai-ramai. Mula-mula dua orang budak ni keluar biasa-biasa je. Tiba budak yang ketiga keluar dari bilik persalinan, makcik tu menjerit marah. Dalam hati saya "apa hal la makcik ni" rupa-rupanya budak tu pakai kasut dalam bilik tu =.= oh sebelum terlupa, sebenarnya nak masuk ke dalam bilik itu tidak dibenarkan memakai kasut sama sekali. Amboi, tak padan  dengan umur, makcik tu siap mencarut-carut.. Manusia pun boleh jadi babi =.= yang student tadi pun gelak-gelakkan kawan dia yang kena marah tadi tu. Haha

Ada la lebih kurang macam ni

Saya faham la tugas makcik tu berat. Bukan senang nak bersihkan kawasan persekitaran sekolah yang luas setiap hari. Tapi bagi saya, sebagai umat Islam kita perlulah menjaga adab tambahan lagi di bulan yang mulia ini..  Dengan sikap ketegasan makcik tu lah sebenarnya yang menjadikan sekolah kami menang dalam kategori 3k (kebersihan, keselamatan, keceriaan) peringkat daerah Hilir Perak..