Pages

Subscribe:
Welcome .. Hope you will enjoy with my blog . Don't forget to be my followers :)

Labels

Cuti (9) Interest (10) Menci (6) Merapu (13) Pengajaran (9) Pengawas Sekolah (7) People (7) Photos (23) School (27) sick (3)

07 September 2012

Budak baru

Saya asyik tweet sahaja sejak kebelakangan ni sampai nak update blog pun dah terasa malas.

Kalini saya nak bercerita mengenai kedatnagan pelajar baru di sekolah.


Saya sendiri pernah mengalaminya sewaktu berada di tahun enam. Agak menjegkelkan. Mula-mula masuk dah kena perkenalkan diri. "nama saya bla.. bla.. bla.." what de he? Haha. Waktu tu saya mula berpindah pada awal tahun dan ada lagi dua orang pelajar baru lelaki tapi. Sorang tu muka dia macam pakistan. Memang hotstuff lah kan. Mula-mula masuk dah jadi ketua kelas. What de he? 

Okay, masa first day semua cikgu tanya nama sapa, kenapa pindah etc kecuali ada sorang cikgu baru tahun tu. Kalau mengenai kawan jangan cakap lah, bahasakan diri awak saya gitu. Tapi lama-lama hampeh je.  Awak entah kemana saya pun entah kemana. Haha..



Memandangkan saya seorang je budak baru (perempuan) waktu tu memang saya rasa lain macam lah. Ramai juga peminat saya dari kalangan tahun 5 dan 6 waktu tu. (perasannya) Mintak no phone, biodata bagai. (perasan lagi) Sumpah, memang tak larat nak layan weh.. Hot gila waktu tu. Haha. Tapi memang saya tak layan pun =.= Datang sekolah untuk belajar, bukan nak bercinta ye. 

Tapi, bila masuk pertengahan tahun ada lah spekulasi sedikit. Well, saya kan hotstuff gitu so ada lah juga budak perempuan yang tak berapa suka. Tapi saya buat biasa-biasa je. Tak baik lah nak bermusuhan disebabkan orang ketiga.

Pada mula-mula persekolahan memang seronok, pertengan persekolahan dah tak berapa nak seronok tapi bila penghujung persekolahan memeang seronok tambah-tambah lagi sepelas UPSR. Memang tak pernah tak datang punya lah. Datang sekolah masuk bilik PSS main kad uno ramai-ramai. Haha 

#TakDapatDilupakan.

Hari ini seorang pelajar baru masuk ke kelas saya. Perempuan tapi. Saya harap dia dapat kenangan manis di sini....  :-)