Pages

Subscribe:
Welcome .. Hope you will enjoy with my blog . Don't forget to be my followers :)

Labels

Cuti (9) Interest (10) Menci (6) Merapu (13) Pengajaran (9) Pengawas Sekolah (7) People (7) Photos (23) School (27) sick (3)

27 September 2012

Hari kokurikulum yang ke - 3

Pertama sekali, saya nak bagi tahu. Sepanjang 4 tahun saya berada si sekolah ini, tahun ini merupakan tahun pertama saya hadir untuk hari ko kurikulum. Meriah sangat-sangat, banyak jualan tapi saya beli kentang goreng dengan air ja. Haha. Paling boros saya belanja masa hari usahawan kat sekolah rendah. Masa tu nak beli makanan kena guna kupon. Bukan main banyak lagi kupon saya beli. Last-last habis macam tu ja. Biasa la masa tu kanak-kanak lagi.. 

Tahun ni saya sertai kawad kaki antara unit beruniform. Semasa berkawad tu bukan main nervous dah la saya berdiri di barisan hadapan sekali. Semua mata menumpukan perhatian kepada pergerakan kami. Kalau tersalah langkah nasib lah :p Masa pasukukan KRS kawad, penonton semua dah tepuk tangan. Haa msa ni saya dah yakin pasukan kami akan menang. Banyak juga la tenaga saya habiskan untuk kawad ni. 2 minggu stay back kat sekolah semata-mata nak practice kawad. Ternyata usaha yang dilakukan tak sia-sia. Akhirnya Kadet Remaja Sekolah menjadi johan dalam pertandingan kawad kaki.. Seronok giler sangat !



Selepas kawad, saya sertai pertandingan petaunqe.  Oh yang ni paling gementar sekali walaupun setiap pasukan diwakili 3 orang. 1st game pasukan KRS kena lawan dengan Pengakap.  Saya tengok budak-budak pengakap ni macam ada potensi ja nak menang. Tapi tanggapan saya salah. Pengakap tewas di tangan kami. (1-0,0-1,1-0) Muahaha 

Lepas tu kami berentap dengan Kadet Polis. Saya tak rasa group saya akan menang sebab 2 orang pasukan Kadet Polis merupakan atlit sekolah. Tapi tanggapan saya tersasar lagi. Markah untuk 2nd game saya tak ingat berapa tapi yang penting menang. Muahaha (gelak jahat)

Perasaan sepanjang bermain game ni memang nervous. Dupdapdupdap. Akhir sekali group kitorang berlawan dengan PBSM. Yang ni pun saya tak rasa boleh menang sebab ada seorang dari ahli mereka yang handal main game ni. Entah macam mana semasa kami berlawan, dia punya sasaran tak berapa nak dekat. Group KRS bolot (6-0,1-0). Akhirnya !!! Alhamdulillah.. Pasukan KRS menjadi johan :D

Selepas game petaunqe, saya dah tak masuk acara apa-apa. Saya dengan kawan pergi buat survey untuk pertandingan memasak, pertolongan cemas & membuat gadget.  Apakan daya, ketiga-tiga acara tersebut pasukan KRS tewas.

Masa majlis penutupan, banyak lah jugak anugerah yang disampaikan kepada mereka yang telah memberi sumbangan kepada sekolah dalam bidang kokurikulum. Tak larat nak list satu per satu..

Kesimpulannya yang peling menyeronokkan apabila tiada pembelajaran sepanjang hari itu. Lepastu menang dalam pertandingan petouqe dan kawad kaki. Alhamdulillah..