Okay. Saya mimpi best semalam. Mimpi saya dah macam angan-angan saya rasa. [memang angan-angan pun] Saya tak tahu nak start daripada mana sebab dah tak ingat macam mana introduction mimpi ni. Mana nak ingat, nama pun mimpi saya tengah tidur. Huhuh .. Takpe takpe. Saya cuba ingat balik.
Ceritanya macam ni , sebenarnya saya memang tergila-gilakan camera jenis dslr .. Ala camera yang selalu anda tangkap gambar saiz passport kat kedai gambar tu ...
Ha ni lah dia
Wa ... Camera ni bukan senang nak dapat macam beli air mineral dua ringgit setengah di kedai tu [RM2.30] . Paling murah pun boleh dapat RM1,000 rasanya . Saya masih student maa ... Belum mampu lagi untuk memiliki . Bak kata cikgu Aizat , "belajar rajin-rajin dulu then dah dapat kerja bagus boleh la beli" :)
Okay back pasal mimpi tadi , mula-mula saya bekerja dengan parents saya . Kemudian sebulan selepas itu saya mendapat lah sedikit beberapa income tidak lama lepas tu [dalam beberapa hari] saya terus ke Sg. Wang nak dapatkan dslr yang saya suka tuhh , yang terkini Nikon D80 kot . Saya hanya minat pada Nikon , lagi pun mudah dicari . Saya lihat ramai yang menggunakan jenama ni .. Oh , balik ke Sg. Wang tadi , ramai yang kata kalau nak beli dslr beli lah di Sg. Wang . Di sana boleh dapat best price . Saya pun pergilah dengan family , sebelum tu ada juga bertanya kepada rakan yang menggunakan dslr untuk mendapatkan kepastian . So ,sampai kt sana terus tergamam , banyak jenis dslr yang dijual . Jalan punya jalan hampir 4 jam ! Baru saya dapat dslr yang memang power hehe .. Kemudian sudah dapat ape lagi , gembira sakan la ! Sampai tak ingat akhirat .. Eh , dunia :D mula la snap sana sini ... Isk isk.. Saya jaga dslr tu elok-elok sampai tak bagi orang lain sentuh , jahat kan . Tiba-tiba dslr tu rosak karang baru tau :p